spot_img
spot_img

Saifuddin lawat Bangladesh urus pekerja asing

spot_img

Dhaka : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melakukan lawatan ke Bangladesh berkenaan pekerja negara itu untuk di bawa masuk ke Malaysia.

Bangladesh merupakan negara tenaga kerja buruh asing kedua terbesar negara selepas Indonesia.

Saifuddin bertemu dengan TYT Imran Ahmad (Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara) serta Menteri Dalam Negeri Bangladesh TYT Asaduzzaman Khan. Selain itu para pemain-pemain industri negara itu juga turut serta.

- Advertisement -

Asas pertemuan itu adalah untuk menyatakan kelonggaran Malaysia kepada pekerja asing warga Bangladesh. Syarat-syarat kemasukan bekerja juga dilonggarkan bagi memenuhi kehendak tenaga kerja bagi pelbagai sektor di negara ini.

Antara perkara yang disentuh ialah kos yang tinggi untuk membawa pekerja asing Bangladesh dan beberapa proses kemasukkan yang perlu ditambah baik supaya lebih lancar dan telus.

- Advertisement -

Bangladesh mahu aspek keselamatan dan kebajikan pekerjanya dilindungi serta urusan penggajian diurus dengan baik.

Malaysia adalah negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 1971 dan sejak itu hubungan diplomatik terus kekal kukuh hingga kini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img