spot_img
spot_img

Risiko bagi KJ untuk bersama ‘gelombang hijau’

spot_img

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak akan dapat membantu menghilangkan imej konservatif Perikatan Nasional (PN) atau mengurangkan ketakutan di kalangan orang Melayu bandar dan bukan Islam mengenai apa yang dipanggil “gelombang hijau”, kata penganalisis-penganalisis yang dipetik dari sumber FMT.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata Khairy bimbang akan risiko menjejaskan imej progresifnya.

- Advertisement -

Pada Isnin lepas, Khairy berkata beliau telah menerima beberapa tawaran untuk bertanding pada pilihan raya Selangor akan datang, dengan tidak menyebut nama parti tersebut, malah parti itu sanggup memberikan tawaran sebagai jawatan menteri besar kepadanya jika parti itu menang majoriti. Dipercayai dari sumber parti tersebut adalah PN.

Fauzi berkata jika Khairy memutuskan untuk menyertai PN, tiada keraguan seluruh jentera PN akan menyokong di belakangnya dengan harapan dapat menawan negeri itu. Persoalannya (mungkin pada diri KJ) bagaimana pula, sekiranya PN kalah ? Ia akan menjadi sukar untuk menghidupkan semula kerjayanya dan akan merosakkan imej progresifnya

Pastinya KJ adalah orang baru di PN. Tiada akar umbi dari parti itu. “Dia akan keseorangan, malah penyokongnya selaam ini yang berbilang kaum dan di bandar mungkin akan meninggalkannya kerana berpihak kepada PN”, kata Ahmad Fauzi lagi.

- Advertisement -

Ahli sains politik Wong Chin Huat berkata menyertai PN akan menjadi satu perjudian yang besar bagi Khairy.

Menurut Wong, tentu ada sekumpulan penyokong KJ dari BN dan Melayu golongan pertengahan akan menyokongnya, tetapi imejnya mungkin akan terjejas, terutamanya jika PAS membuat beberapa kenyataan yang tidak masuk akal.

Wong percaya bukan Melayu dan golongan Melayu sederhana akan tetap di belakang PH dan BN walaupun KJ berhijrah ke PN.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img