TAIPING (9 Feb): Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pada Khamis memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan yang dibuatnya semasa pilihan raya umum lalu bahawa presiden PKR itu akan menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender ( LGBT) serta menyokong fahaman komunis melalui gabungan PKR + DAP (PH).
Razman, yang juga ADUN Gunung Semanggol, membuat permohonan maaf tanpa syarat di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin di Mahkamah Tinggi Taiping.
Peguam Datuk Sankara Nair, yang hadir bersama peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin untuk Anwar, mengesahkan permohonan maaf yang dibuat oleh Razman.
Susulan permohonan maaf itu, Anwar menarik balik saman itu, tambah Sankara.