spot_img
spot_img

Biar betul, DJ KJ ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 9 Feb ― Khairy Jamaluddin tidak memilih mana-mana parti politik selepas dipecat UMNO, tetapi bakal memulakan kerjaya baharu sebagai DJ radio di stesen Melayu popular tempatan, Hot FM, mulai minggu depan.

Stesen itu dalam satu kenyataan berkata, bekas menteri kesihatan itu mengesahkan pelantikannya untuk segmen pagi, segmen Bekpes Hot.

- Advertisement -

Stesen milik Media Prima itu berkata Khairy akan memulakan tugas pada 15 Februari bersama Johan, Fara Fauzana, dan AG.

Sambil melahirkan rasa terima kasihnya, ketua pegawai eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran berkata, beliau amat berbesar hati kerana Khairy hadir untuk memberikan kandungan yang lebih segar kepada pendengar.

 

- Advertisement -

Bercakap mengenai hala tuju kandungan, pengarah Rangkaian Shah Hayatudin berkata pasukan itu kini sedang berbincang dengan Khairy untuk menyusun kandungan yang menarik untuk pendengar di mana Khairy telah berkongsi beberapa idea untuk menjadikan segmen Bekpes lebih menarik kepada pendengar.

Bekpes dijalankan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img