spot_img
spot_img

Bersatu mahu pancing ‘katak’ lagi untuk menang PRN ?

spot_img

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan komponen kedua terbesar dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas PAS, yakin menang di PRN Selangor dan Negeri Sembilan jika mereka berjaya ‘memancing’ Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bertanding menggunakan tiket parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ini penting bagi Bersatu kerana parti itu telah kehilangan negeri Johor pada PRN lalu, dan kini tidak memerintah mana-mana kerajaan negeri. PAS menguasai Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Akmal berkata, kehadiran Khairy mampu mewujudkan satu gelombang baharu kepada anak muda khususnya pengundi atas pagar bagi memberikan undi kepada PN dan berupaya memberi kemenangan merampas kedua-dua negeri daripada Pakatan Harapan (PH). Malah kata Ahli Parlimen Machang itu lagi, pihaknya bersedia memberikan laluan kepada Khairy membabitkan mana-mana satu kerusi Dewan Undangan Nege­ri (DUN) Selangor atau Negeri Sembilan jika beliau berminat untuk menyertai Bersatu dalam masa terdekat.

Menurut Suhaizan Sulaiman, dari Universiti Sains Malaysia (Sains Politik), Bersatu masih mahu mencari kaedah jangka pendek untuk kembali berkuasa. “Nampaknya mereka tidak belajar dari episod-episod sebelum ini atau mungkin itulah halatuju perjuangan mereka sekarang”, kata beliau.

- Advertisement -

Menurut Suhaizan, Bersatu pada mulanya ditubuhkan dengan objektif untuk menumbangkan kerajaan BN Najib dan mahu menggantikan parti UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu di alaf baru. Namun kini, terutamanya selepas pasca Langkah Sheraton, perjuangan Bersatu dikatakan hanya untuk jawatan semata-mata.

“Di manakah program akar umbi mereka ? Pernahkah kita lihat mana-mana aktiviti kemasyarakatan dari Bersatu ? Tiada satu pun pemimpin mereka yang mempunyai akar umbi atau memperkasannya. Yang ada hanya bunyi-bunyi politik semata-mata. Kemenangan mereka adalah kerana jentera dan undi pengundi-pengundi PAS”, ujarnya.

“Lihat sahaja bagaimana mereka sanggup terima beberapa pemimpin yang lompat, di mana Zuraida, Bersatu Sabah dan lain-lain ?”, soal beliau.

- Advertisement -

“Apabila akaun parti dibekukan sebagai contoh, tiada bahagian-bahagian atau ketua bahagian Bersatu yang bersuara atau keluar membuat protes beramai-ramai. Berbanding UMNO dahulu sewaktu tewas di PRU14, akar umbi mereka ‘bising’ dan terus berlawan”, Suhaizan juga menambah bahawa mengharapkan pemimpin yang dibuang dari parti lain untuk lompat ke Bersatu adalah seperti mempunyai pejuang yang tidak setia pada perjuangan parti.

Beliau menggesa Bersatu untuk merangka objektif jangka panjang seperti DAP. Pelan untuk menang mungkin pada PRU 18 atau PRU 19 dengan mengenal pasti pemimpin lapisan baru, lokaliti serta penambahan ahli-ahli baru. Bukan semata-mata short cut untuk berkuasa dan tidak berkekalan.

Kelmarin, Khairy dilaporkan mempertimbangkan untuk bertanding di DUN Selangor dan ditawarkan menjadi Menteri Besar sekiranya menang, bagaimanapun beliau tidak menyebut mana-mana parti politik tertentu yang dikatakan memberi tawaran tersebut.

Bagaimanapun Wan Ahmad Fayhsal menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa PN sudah ketandusan pemimpin kerana menerima orang luar seperti Khairy untuk berada dalam parti.

“Politik ini umpama perlawanan bola sepak, kita kena import pemain luar untuk menang. Begitu dengan Khairy, bagi UMNO dia sudah tidak berguna tetapi bagi PN amat berguna demi masa depan Malaysia,” katanya.

 

foto : Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img