spot_img
spot_img

MyEG hilang konsesi NIISe

spot_img

KUALA LUMPUR: Pelabur menjual saham My EG Services Bhd (MyEG) pada awal dagangan hari ini kerana syarikat itu dijangka terjejas akibat keputusan kerajaan, untuk pengembalian perkhidmatan dan proses imigresen kepada Jabatan Imigresen pada 2025.

Saham susut 30 sen atau 31.41% kepada had bawah 65.5 sen sesaham apabila mula diniagakan, apabila pelabur bertindak balas dengan aktiviti jualan yang tidak menentu.

Semalam, artikel dari New Straits Times melaporkan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud sebagai berkata jabatan itu akan mengendalikan secara langsung semua transaksi imigresen, termasuk yang kini dikendalikan oleh pihak luar, melalui sistem imigresen bersepadu nasional (NIISe).

- Advertisement -

Selain pembaharuan pasport dan permohonan visa, urus niaga itu juga termasuk permohonan dan pembaharuan permit pekerja asing dan permit pembantu rumah.

Ini dijangka memberi kesan negatif kepada hasil kontraktor bebas yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan, termasuk MyEG.

“Kami tidak pasti berapa berat yang ditanggung ketua pengarah sekarang ini, tetapi sekiranya MYEG kehilangan konsesinya dengan imigresen, secara teorinya ia masih boleh menyediakan perniagaan sampingan dalam eko-sistem seperti padanan pekerja asing, perkhidmatan penginapan, servis pintu ke pintu dan perkhidmatan insurans yang merupakan sebahagian besar daripada pendapatan berkaitan imigresennya,” kata laporan kajian dari UOB.

- Advertisement -

Firma penyelidikan itu juga berkata terdapat banyak pemangkin pada 2023 dan seterusnya untuk syarikat itu.

Ini termasuk ramalan pertumbuhan pendapatan sebanyak 16%, pelancaran blockchain Zetrix yang berkaitan dengan kastam China, IPO dan pelaburan permulaan di China dan Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img