spot_img
spot_img

Hamzah tuduh kerajaan mempergunakan SPRM, Azam Baki berkata pembekuan akaun tiada kaitan dengan dana Covid19

spot_img

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas parti Bersatu dan pembekuan akaun-akaun bank Bersatu adalah satu penyalahgunaan agensi kerajaan, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Setiausaha Agung parti itu juga berkata Bersatu percaya ini adalah usaha untuk mengalih perhatian rakyat daripada kegagalan dan kelemahan kerajaan sedia ada.

- Advertisement -

Beliau berkata Bersatu akan memberi kerjasama kepada SPRM di mana mereka sedang menjalankan siasatannya dan pemimpin serta pegawai parti telah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya.

Namun Hamzah melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menyalahgunakan agensi kerajaan (SPRM) untuk membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional. Beliau menyeru semua pimpinan Bersatu untuk bersabar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pada 1 Feb bahawa Bersatu sedang disiasat di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tetapi siasatan itu tidak berkaitan dengan dana pakej rangsangan Covid-19 seperti yang didakwa.

- Advertisement -

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu berkata keadilan akan muncul dan Bersatu akan memberikan sepenuh kerjasama kepada SPRM.

“Ya saya sahkan akaun bank Bersatu dibekukan. SPRM ada datang ke pejabat Bersatu dan melakukan siasatan”, katanya yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan.

Dalam perkembangan terkini, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan Bersatu kini disiasat di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tetapi siasatan itu tidak berkaitan dengan dana pakej rangsangan Covid-19, kata Tan Sri Azam Baki.

Awal Januari tahun ini, seorang lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi Bersatu telah ditahan oleh SPRM atas dakwaan rasuah berkaitan menjadi orang tengah projek kerajaan.

Difahamkan lelaki berkenaan ialah timbalan ketua bahagian Bersatu dari Segambut, disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dana pakej rangsangan Covid-19 RM92.5 bilion di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Lelaki tersebut ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas memberikan keterangannya.

Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi pengedaran pakej rangsangan ekonomi dari 2020 hingga 2022.

Suspek juga didakwa mengambil rasuah untuk menghubungkan kontraktor dengan pihak atasan kerajaan.

Sebelum ini, SPRM dalam satu kenyataan berkata siasatan tertumpu kepada RM92.5 bilion di bawah pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi.

Kertas siasatan telah dibuka ke atas sekurang-kurangnya lima orang yang dipercayai dalang atau orang tengah bagi beberapa syarikat yang memperoleh projek antara RM50 juta hingga RM500 juta melalui rundingan terus.

Sumber menambah bahawa 90% daripada projek yang diperoleh melalui rundingan terus belum dilaksanakan kerana tiada surat penerimaan dikeluarkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img