spot_img
spot_img

Anwar masih belum terlambat untuk berubah – Muhyiddin

spot_img

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum terlambat untuk memperbetulkan pentadbirannya yang baru berusia 100 hari.

Muhyiddin berkata Anwar telah menyimpang daripada agendanya untuk pembaharuan dan tadbir urus yang baik apabila melantik anaknya sendiri iaitu Nurul Izzah sebagai penasihat kewangan dan ekonominya,

Ini juga termasuk pelantikan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri walaupun beliau berhadapan tuduhan rasuah yang belum lagi selesai. Zahid perlu diberi cuti sehingga perbicaraan rasuahnya selesai, bagi mengelak mencemarkan imej Malaysia. Anwar juga perlu meletakkan jawatan dari portfolio kementerian kewangan walaupun sebelum Perdana Menteri itu sendiri mengkritik amalan itu. Muhyiddin menasihati Anwar untuk hanya fokus kepada tugas sebagai perdana menteri, terutama ketika rakyat dan negara menghadapi masa sukar.

- Advertisement -

Muhyiddin juga berkata Anwar patut belajar dari skandal 1MDB yang tercetus apabila perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan. Anwar tidak sepatutnya mengulangi kesilapan yang sama.

Bekas PM itu tidak meragui kebolehan Nurul Izzah, tetapi persepsi terhadap pelantikannya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

“Saya percaya dia seorang pemimpin wanita muda yang berbakat dan berpotensi besar. Jangan biarkan pelantikan kecil yang tersasar ini menjadi tanda hitam dalam perjalanan politiknya ke arah masa depan yang mungkin lebih cerah,” tambahnya.

- Advertisement -

Semalam, Anwar mengesahkan beliau menjadikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangannya, selepas beliau mendedahkan pelantikan 3 Januari dalam satu wawancara media. Beliau seterusnya menegaskan pelantikan itu adalah sah kerana Nurul Anwar tidak akan diberi pampasan atas perkhidmatannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img