spot_img
spot_img

Kronisme dan nepotisme kerajaan perpaduan ?

spot_img

IPOH, 29 Jan — Ia bukan soal elaun atau gaji, cuma kita hairan kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya ke jawatan yang senior dalam kerajaan. Rakyat tidak bodoh. Berapa sahaja gaji dan elaun berbanding manfaat dan juga peluang-peluang yang mungkin ada yang lebih besar dari gaji ?

Adakah ini tidak dinamakan nepotisme ? Bukankah Anwar Ibrahim cukup anti-nepotisme hingga menggunakan ia sebagai senjata untuk menyerang Tun Dr Mahathir yang dikatakan cukup nepotisme  dan kronisme sejak dari zaman UMNO, juga mengkritik Tan Sri Muhyiddin dengan memberi projek kepada keluarga menantu, tetapi kini diri sendiri pun melakukannya dengan lebih terbuka. Sekurang-kurangnya Tun Dr Mahathir tidak pernah melantik anak atau isteri ke jawatan kerajaan secara langsung.

Namun apabila ditanya pemberita, Anwar berkata pelantikan bekas anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, yang juga anak perempuannya, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan dibuat berdasarkan kelayakannya. Jelas sekali saya ingin bertanya, apakah kelayakannya ? Jika kelayakan akedemik, lebih ramai yang lagi baik. Sepatutnya tokoh seperti Hassan Merican yang dilantik sebelum ini perlu ditambah, bukan dengan anak sendiri yang boleh menimbulkan persepsi negatif serta memberi ruang kepada musuh kerajaan perpaduan untuk menggunakan peluang ini bagi menghasut rakyat  supaya membenci kerajaan perpaduan. Ini menyebabkan politik negara kembali menjadi tidak stabil.

- Advertisement -

Anwar berkata Nurul Izzah mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, dan dilantik untuk membantunya di Jabatan Perdana Menteri (PMD) dan Kementerian Kewangan (MOF). Ia seperti kerajaan ‘keluarga bahagia’. Anak dan ayah membantu membangunkan negara.

Jangan salahkan pembangkang menggunakan isu ini dengan hebat sekali untuk menyerang kerajaan. Jangan pula cuba untuk meneutralisasikan lantikan ini dengan persamaan peranan ‘si ayah’ dahulu yang tidak mempunyai ijazah atau sijil berkaitan kewangan, tetapi pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun (pada 1990-an). Jangan keluar dalil sendiri dengan mengatakan Menteri dalam (kerajaan) Perikatan Nasional (sebelum ini) pun tidak ada ijazah atau sijil (yang berkaitan). Persoalannya adakah kerajaan baru ini mahu melakukan kesilapan yang sama seperti pentadbiran sebelumnya ? Apa beza kerajaan kini dengan terdahulu ?

Ya menteri kesihatan tidak semestinya seorang doktor. Tahniah anak Perdana Menteri, Nurul Izzah merupakan seorang yang mempunyai ijazah kejuruteraan dan ijazah dasar awam, tetapi perlantikan ini memberi persepsi negatif kepada kerajaan yang mana Perdana Menteri sering kali menyebut dalam ucapannya mahu menghentikan amalan dan budaya rasuah bermula dari atas, daripada Perdana Menteri kepada menteri, menteri besar, kerajaan negeri dan wakil rakyat. Tetapi tindakan melantik anak sendiri sebagai penasihat kanan tidak menggambarkan tindakan membanteras tersebut.

- Advertisement -

Tidak cukup dengan masalah dalaman parti UMNO dalam kerajaan perpaduan, kini timbul lagi isu nepotisme dan kronisme dalam kerajaan ini. Masanya cukup tidak sesuai. Atau lebih tepat, sememangnya perlantikan ini tidak patut berlaku jika benar-benar bijak.

Sudahlah pakar formula Rafizi belum lagi memberi impak atau persepsi yang baik dalam mengurus ekonomi negara atau hala tujunya. Semasa pembangkang bukan main mudah menyalahkan menteri-menteri lain, tetapi kini, jawapan Rafizi juga sama seperti menteri-menteri dahulu. Tiada bezanya atau istimewanya Mr. Formula ini. Kerajaan perpaduan terus dikritik kerana pandai bercakap, bila ada kuasa sama sahaja.

Persoalan kami dari meja pengarang, adakah semua ahli politik hanya bijak apabila menjadi pembangkang, tetapi terus menjadi bodoh apabila menjadi pentadbir kerajaan ? Di manakah prinsip dan bicara-bicara positif semasa kempen dahulu yang mahu membuat kelainan pada negara ?

 

*pendapat peribadi editor Berita Tular tidak menggambarkan pendirian keseluruhan unit organisasi Berita Tular

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img