spot_img
spot_img

Program pertanian dilaksana tempoh terdekat, jamin rantaian bekalan makanan

spot_img

PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi akan melaksanakan beberapa program pertanian dalam masa terdekat bagi memastikan rantaian bekalan makanan dalam negara terus terjamin.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi dan kementerian berkaitan sebagai menambah sumber makanan sedia ada selain menggalakkan aktiviti pertanian berteraskan bahan mentah seperti cili.

“Program itu adalah langkah segera bagi menangani isu kos sara hidup yang membelenggu rakyat ketika ini selain persediaan pada masa depan.

- Advertisement -

“Kerajaan akan turut melibatkan golongan miskin tegar dan miskin untuk menjadi sebahagian dalam program ini sama ada sebagai pengusaha atau petani,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, kerajaan juga akan bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan  Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi mengembangkan lagi projek pertanian berkenaan.

Rafizi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa GLC dan sedang menunggu mereka kembali dengan beberapa cadangan berkaitan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor-sektor makanan terutama yang bersifat huluan.

- Advertisement -

“Sebagai contoh tanaman cili, kita akan memastikan kita tidak hanya suruh orang tanam cili, tapi akan memastikan ia turut mendapat tempat di pasaran.

“Segala perbincangan bersama GLC sudah digerakkan dua bulan lalu dan kini kita sedang menunggu proses seterusnya,” katanya.

Katanya, GLC dan koridor wilayah itu juga akan mengenal pasti tanaman baharu untuk dipadankan dengan tanah, penerima, pengusaha dan pembeli.

UTUSAN

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img