Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi dan kementerian berkaitan sebagai menambah sumber makanan sedia ada selain menggalakkan aktiviti pertanian berteraskan bahan mentah seperti cili.
“Program itu adalah langkah segera bagi menangani isu kos sara hidup yang membelenggu rakyat ketika ini selain persediaan pada masa depan.
- Advertisement - “Kerajaan akan turut melibatkan golongan miskin tegar dan miskin untuk menjadi sebahagian dalam program ini sama ada sebagai pengusaha atau petani,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Katanya, kerajaan juga akan bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi mengembangkan lagi projek pertanian berkenaan.
Rafizi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa GLC dan sedang menunggu mereka kembali dengan beberapa cadangan berkaitan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor-sektor makanan terutama yang bersifat huluan.
- Advertisement - “Sebagai contoh tanaman cili, kita akan memastikan kita tidak hanya suruh orang tanam cili, tapi akan memastikan ia turut mendapat tempat di pasaran.
“Segala perbincangan bersama GLC sudah digerakkan dua bulan lalu dan kini kita sedang menunggu proses seterusnya,” katanya.
Katanya, GLC dan koridor wilayah itu juga akan mengenal pasti tanaman baharu untuk dipadankan dengan tanah, penerima, pengusaha dan pembeli.
UTUSAN