spot_img
spot_img

Pemecatan dan pergantungan mengikut perlembagaan parti, Bersatu Selangor pelawa Noh Omar

spot_img

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menegaskan keputusan penggantungan dan pemecatan beberapa ahli parti pada Jumaat lalu adalah sah di sisi perlembagaan parti.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin UMNO itu tidak melibatkan campur tangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

“MKT kebiasaannya memperakukan saranan dan keputusan Lembaga Disiplin berkenaan kes disiplin yang melibatkan ahli parti, namun tidak mencampuri proses siasatan serta tindakan lembaga itu.

- Advertisement -

Terdapat beberapa pihak termasuk mereka yang dipecat dan digantung yang mempersoalkan tentang prosedur dan isu teknikal berkenaan.

Menurut Isham, peguam UMNO telah dirujuk, bahawa menerusi perlembagaan parti, proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi.

Tambah Isham, proses lain yang melibatkan Lembaga Disiplin dan sebagainya adalah hanya pengurusan dalaman yang dipraktikkan.

- Advertisement -

Beliau berkata, meskipun keputusan telah dibuat, ia tidak bermakna Noh dan individu yang lain tidak boleh merayu atau berjumpa lagi dengan Lembaga Disiplin untuk membela diri.

Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pula menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

“Setiap parti ada disiplin, mesti ada disiplin.

“Seseorang yang tidak ikut tatacara dan cara kerja dan susunan organisasi akan dikenakan disiplin untuk menjaga supaya parti berjalan dengan baik. Apatah lagi dalam keadaan sekarang usaha dijalankan untuk menstabilkan keadaan politik.

“Jadi kalau berlaku tindakan seperti yang diumum semalam (Jumaat), tak hairanlah kita. Dan saya percaya benda ni sudah pun diteliti dengan cermat oleh pihak yang bertanggungjawab, termasuk Jawatankuasa Disiplin.

“Kalau tidak berpuas hati, boleh buat rayuan. Ini perkara biasa dalam parti politik,” kata Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Sementara itu, Bersatu melalui Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, mereka dengan terbuka boleh menerima kemasukan Noh yang mempunyai pengalaman politik luas mampu membantu jentera PN menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Beliau juga mengakui ada menerima kiriman WhatsApp daripada ahli UMNO Tanjong Karang untuk menyertai Bersatu selepas kecewa dengan keputusan kepimpinan UMNO.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img