spot_img
spot_img

Masa depan UMNO dengan orang Melayu sudah tiada

spot_img

MUAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan UMNO menggantung serta menggugurkan beberapa pemimpinnya sebagai tindakan tidak berdemokrasi.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata, sebarang keputusan besar seumpama itu seharusnya dilakukan mengikut prosedur sebelum bertindak menggugurkan keahlian mereka.

“Apa sudah jadi dengan UMNO? Macam tiada demokrasi, buat keputusan pecat macam itu sahaja. Dia ada Perlembagaan setahu saya dan saya dulu Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan UMNO, ikutkan kalau seseorang pemimpin atau sesiapa nak dipecat ada prosedur.

- Advertisement -

“Hantar surat tunjuk sebab, kemudian ada ruang untuk dirayu, dipertimbangkan, tetapi yang ini dengarnya macam semalam bincang, semalam buat keputusan. Saya tak tahulah mungkin kuasa Presiden agaknya lebih besar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, masa depan UMNO kini seperti sudah tersasar berikutan tindakan pemimpin tertingginya yang melampaui batas.

“Saya fikir masa depan UMNO dengan Melayu sudah tiada lagi. Minta maaflah, Presiden dah bertindak luar batas. Telah membawa UMNO ke satu hala tujuan yang bukan difikirkan awal-awal di situ, jauh tersimpangnya. Kalau saya nak fikir dari sudut PN dan Bersatu, kami bersorak, tapi hakikatnya kami tak bersorak.

- Advertisement -

“Kita akan terus berusaha untuk memberitahu pada orang Melayu bahawa Bersatu, Pas dan PN khususnya akan jadi parti yang diperjuangkan. Jangan harap pada UMNO lagi kerana UMNO dah tak boleh diharapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Bersatu sedia memperhalusi sekiranya ada permohonan daripada pemimpin UMNO yang dipecat atau digugurkan ingin menyertai parti tersebut, katanya.

Sementara itu, pandangan dari penganalisis politik, hukuman pemecatan dan penggantungan itu telah mengundang kejutan dan reaksi ber­belah-bahagi dalam kalangan ahli UMNO sendiri, malah turut mendapat ribuan komen rakyat di media sosial yang dijangka menterjemahkan penerimaan mereka terhadap keputusan itu dalam PRN di enam negeri nanti. Pada masa ini, ahli-ahli UMNO yang memihak pe­mimpin-pemimpin yang dipecat itu marah, namun situasi tersebut tidak dapat menggambarkan reaksi keseluruhan.

Ahli MKT, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, pemecatan itu perlu kerana UMNO telah menjadi ‘barah’ berikutan perpecahan berpunca daripada tindakan beberapa individu sejak 2018, sekali gus perlu diselamatkan segera. Katanya, UMNO perlu bergerak ke depan dengan lebih pantas dan punca pergaduhan sesama sendiri seperti barah selama empat tahun perlu dicantas segera.

“Jadi, kalau kita tidak ambil tindakan sekarang, apakah kita boleh kuatkan parti dalam tempoh empat, lima tahun akan datang? Kalau biarkan keadaan seperti ini sahaja, kita hadapi situasi yang sama. Tindakan ini perlu walaupun drastik,” katanya ditemui pemberita semalam.

Seorang lagi Ahli MKT, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata pemecatan ahli yang bukan sahaja mereka menghentam kepemimpinan, tetapi membelakangkan UMNO apabila menjadi dalang mendorong ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani surat akuan (SD) menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukan perkara luar biasa, malah ia perlu dilakukan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img