spot_img
spot_img

Bekas ahli-ahli Bersatu Sabah sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah

spot_img

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) akan menjadi wadah politik baharu bagi semua bekas ahli-ahli Bersatu Sabah yang meninggalkan parti itu secara beramai-ramai pada 8 Disember lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang mengetuai penghijrahan Bersatu itu, berkata hari ini bahawa pengambilalihan Gagasan, yang merupakan parti sudah tertubuh, akan dirasmikan tidak lama lagi. Dilaporkan pada 11 Disember bahawa Gagasan di dalam status separa aktif itu dilihat sebagai platform pilihan utama untuk “rumah” baru bagi mereka yang telah meninggalkan parti Bersatu. Gagasan telah didaftarkan pada Ogos 2013 sebagai sebuah parti politik berbilang kaum.

Ia tidak aktif sehingga  tahun 2016 berikutan isu tenaga kerja dan pembiayaan yang dilaporkan. Pada 2019, presidennya ketika itu Dr Ationg Tituh memberitahu media bahawa Gagasan tidak akan bekerjasama dengan parti lain untuk mencapai matlamatnya memperjuangkan hak rakyat Sabah.

- Advertisement -

Ia bertanding tanpa kejayaan dalam pilihan raya negeri mengejut 2020 yang lalu. Ia kemudiannya terlibat dalam perbincangan untuk membentuk barisan pembangkang berasaskan parti tempatan yang diketuai oleh bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman, tetapi kemudian menarik diri daripada penggabungan yang dirancang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img