spot_img
spot_img

PTPTN, UIAM berkerjasama tingkatkan kesedaran tabungan pendidikan

spot_img

SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan penabungan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dan bayaran balik pinjaman pendidikan.

Melalui langkah strategik itu, kedua-dua pihak bersetuju mengadakan kerjasama antaranya dalam membudayakan amalan penabungan, meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar tentang bayaran balik pinjaman serta memperkasakan pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi.

“Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, misi utama PTPTN ialah menggalakkan masyarakat memulakan simpanan dari seawal usía satu hari, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

- Advertisement -

(Dzulkifli (dua dari kanan); Ahmad Dasuki Abdul Majid (dua dari kiri); Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Profesor Dr Akmal Khuzairy Abdul Rahman (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid (kiri) bergambar bersama selepas menandatangani MoU pada Jumaat.)

“Kerjasama dengan UIAM sangat dialu-alukan dalam meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan perancangan kewangan yang baik sekali gus dapat mengelak keberhutangan melampau di usía muda serta membantu dalam pembentukan sahsiah dan akhlak yang baik pada masa depan,” menurut PTPTN dalam satu kenyataan pada Jumaat.

- Advertisement -

Dalam pada itu, PTPTN memaklumkan, kerjasama berkenaan merangkumi pelbagai skop antaranya membudayakan penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi seluruh warga UIAM dan membangun penyelidikan serta pembangunan untuk melahirkan idea baru bagi meningkat kefahaman pelajar terhadap bayaran balik pinjaman dan kepentingan penabungan.

Selain itu, ia juga menyasarkan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan graduan yang berkualiti agar, menjalinkan jaringan kerjasama bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui tanggungjawab sosial korporat antara PTPTN dan UIAM.

Kerjasama berkenaan turut membabitkan usaha memastikan penyampaian informasi atau promosi PTPTN menerusi billboard di premis UIAM dan jaringan program kerjasama dengan alumni universiti berkenaan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img