spot_img
spot_img

EV : Elon Musk ke White House, Tesla hadapi pesaing di China

spot_img

WASHINGTON, 28 Jan — Pengasas syarikat kenderaan elektrik Tesla, Elon Musk bertemu dengan pegawai kanan White House semalam bagi membincangkan usaha bersungguh-sungguh pentadbiran Biden untuk mengembangkan pasaran kenderaan elektrik, kata Setiausaha Akhbar Karine Jean-Pierre.

Pertemuan yang berlaku hari ini itu membincangkan “elektrifikasi dan bagaimana undang-undang infrastruktur dwipartisan serta Akta Pengurangan Inflasi boleh memajukan EV dan meningkatkan elektrifikasi dengan lebih meluas.

Di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden, beliau menyediakan subsidi dan insentif untuk meningkatkan tenaga yang bersih, kenderaan elektrik dan infrastruktur am.

- Advertisement -

Elon Musk sangat berpengaruh dalam industri canggih dengan pemilikan jenama EV iaitu Tesla, dan projek angkasa lepas serta pembelian Twitter baru-baru ini.

Elon Must sering tidak bersependapat dengan pentadbiran Joe Biden dan telah menggunakan Twitter untuk meluahkannya.

Pada Khamis lepas, Elon Musk telah dikatakan bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat Republikan Kevin McCarthy dan pemimpin minoriti Demokrat Hakeem Jeffries ketika Kongres berura-ura untuk melakukan sekatan di platform media sosial.

- Advertisement -

Elon Musk tweet bahawa beliau setuju untuk membincangkan bagi memastikan Twitter itu adil kepada semua pihak.

Dalam perkembangan industri EV Tesla, Elon Musk menjawab bahawa beliau menghormati syarikat kereta di China, dan menggelar China sebagai pasaran paling kompetitif di dunia.

“Mereka bekerja paling keras dan mereka bekerja paling bijak,” katanya. “Jadi kami rasa, mungkin ada beberapa syarikat di China yang berkemungkinan besar berada di tempat kedua selepas Tesla.”

Elon Musk berkata Tesla adalah nombor satu di China. Baru-baru ini Tesla telah mengurangkan harga sebagai tindak balas kepada persaingan yang semakin meningkat dan permintaan yang perlahan di China, diikuti oleh pemotongan di Amerika Syarikat dan pasaran lain.

Musk telah memuji pekerja dan pesaing China sebelum ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img