spot_img
spot_img

DAP tidak mahu pelawa KJ, PAS dan Gerakan mahu KJ

spot_img

KUALA LUMPUR, 28 Jan — DAP tidak perlu terikut-ikut untuk mempelawa pemimpin-pemimpin Umno yang dipecat seperti Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti itu sebelum mereka sendiri yang menyatakan mahu bersama parti, kata Anthony Loke hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu pada mulanya enggan mengulas mengenai hal ehwal dalaman Umno, kemudian mengalah dan berkata mereka yang terlibat akan tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya tanpa perlu campur tangan orang lain.

Anthony berpegang kepada prinsip bahawa hal ehwal dalaman parti komponen, dalam kerajaan perpaduan tidak akan campur oleh parti komponen lain. Beliau ditemui wartawan pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu di sini.

- Advertisement -

Anthony Loke berpendapat bahawa DAP tidak perlu membuat sebarang jemputan terbuka kepada pemimpin UMNO yang dipecat. Ia terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan, katanya.

Beliau juga ditanya sama ada pemecatan Umno terhadap pemimpinnya Khairy dan bekas ketua Umno Selangor Tan Sri Noh Omar akan menjejaskan imbangan kuasa semasa dalam pilihan raya negeri akan datang.

Anthony Loke yakin dengan menjawab bahawa kerajaan fokus kepada tadbir urus, melaksanakan dasar kerajaan baru, jadi hal ehwal politik dalaman setiap parti, masing-masing uruskan, dan kerajaan akan teruskan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.  “dan (dengan itu) kita akan fokus untuk menerima sokongan rakyat termasuk dalam pilihan raya negeri,” katanya.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini menghubungi Khairy Jamaluddin, mempelawa beliau untuk menyertai mereka. Ia disampaikan oleh Ketua Pemudanya Wong Chia Zhen.

Gerakan adalah komponen Perikatan Nasional kedua yang cuba ‘memikat’ bekas menteri itu selepas PAS.

Parti Islam itu telah cuba mendapatkan Khairy sebelum dipecat tetapi ditolak oleh KJ kerana beliau akan kekal setia kepada Umno.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img