Kuala Lumpur : Bekas Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Tan Sri Noh Omar bukan dipecat dari UMNO atas sebab tidak bersetuju dengan Presiden atau pemilihan jawatan tertinggi, tetapi terdapat bukti ke atas dirinya dalam menyebabkan kemudaratan kepada parti itu.
Namun beliau masih boleh mengemukakan rayuan ke atas pemecatannya. Kenyataan itu dibuat oleh Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang baharu.
Noh Omar dikatakan telah mensabotaj UMNO di dalam Pilihanraya Umum yang ke 15 lalu. Laporan yang diserahkan kepada UMNO terdapat 16 tuduhan dan bukti-bukti kukuh. Ini semua telah disemak dan dikaji oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Pada PRU15 yang lalu, calon Barisan Nasional di Parlimen Tanjong Karang ialah Datuk Habibah Mohd Yusof. Manakala calon bebas, Mohd Rosni Mastol merupakan pegawai khas kepada Tan Sri Noh Omar juga bertanding di parlimen tersebut.
Sebelum itu, kerusi Parlimen Tanjong Karang disandang oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar namun tidak terpilih sebagai calon dalam PRU-15.