spot_img
spot_img

Yang belum terasa panasnya, tunggu malam esok .. ‘pembersihan dalaman UMNO’

spot_img

PUTRAJAYA, 26 Jan — Umno akan melakukan ‘pembersihan’ besar-besaran dalaman parti terutamanya kepada mereka yang didapati mensabotaj parti dan calon-calonnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lepas, kata presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini .

Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok.

Presiden UMNO itu akan mengotakan janjinya pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, di mana beliau akan melakukan pembersihan parti secara besar-besaran termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada PRU15, termasuk mereka yang ‘menembak kaki sendiri’ (sabotaj diri sendiri) semasa pilihan raya.

- Advertisement -

“Bila ini dibuat secara besar-besaran, bermakna ada (pembersihan dilakukan), yang belum merasai bahangnya, Insya-Allah malam esok,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Luar Bandar dan Menteri (MEXCLUB) di sini.

Secara berasingan, Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan masih belum memutuskan sama ada Rang Undang-undang Pembiayaan Politik akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

- Advertisement -

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan sokongan daripada semua pemimpin parti politik untuk terlibat secara langsung dalam merangka rang undang-undang itu termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki harus digunakan sebagai panduan.

Baru-baru ini, Azam dilaporkan berkata SPRM akan menyiasat sebarang bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, sambil menambah perkara itu tidak tertakluk kepada tafsiran peribadi.

Beliau seterusnya menyifatkan sedekah atau sumbangan yang diberikan kepada pengundi semasa pilihan raya sebagai rasuah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img