spot_img
spot_img

Twitter tak bayar sewa pejabat

spot_img

LONDON: Pemilik bangunan yang disewa oleh syarikat gergasi Twitter berkata pada Selasa lepas, bahawa mereka telah mengambil tindakan saman terhadap Twitter kerana tidak membayar sewa pejabat pusat Metropolitan London.

The Crown Estate, sebuah syarikat yang menguruskan hartanah milik monarki British, berkata mereka telah memulakan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi. Pejabat Twitter itu terletak di kawasan prestij kota London iaitu Piccadilly Circus.

Seorang wakil berkata bahawa mereka telah menghubungi Twitter sebelum ini dan kini sedang berbincang dengan syarikat itu.

- Advertisement -

Twitter tidak segera menjawab permintaan untuk komen berkenaan isu ini menurut laporan AFP.

Elon Musk, CEO bilionair Tesla dan SpaceX, membeli Twitter dengan harga $44 bilion (£35 bilion) pada Oktober tahun lalu.

Elon memecat separuh daripada kakitangan dan dilaporkan berhenti membayar sewa ruang pejabat dan cuba mengumpul dana selepas meminjam hutang yang besar untuk membeli Twitter.

- Advertisement -

Ibu pejabat Twitter di San Francisco juga telah disaman oleh tuan tanahnya kerana Twitter didakwa gagal membayar sewa hampir $6.8 juta untuk bulan Disember dan Januari.

Daily Telegraph melaporkan bahawa tanda dan logo Twitter telah dikeluarkan tetapi seorang kakitangan berkata Twitter masih beroperasi di kota London itu.

Twitter UK mula menggunakan pejabat di situ pada 2014.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img