spot_img
spot_img

Pertama Digital Bhd mahu perkasakan e-government tanpa terikat konsesi

spot_img

KUALA LUMPUR: Pertama Digital Bhd bercadang untuk melancarkan rangkaian produk digital baharu untuk sektor awam, berasaskan model perniagaan ‘berbayar-untuk-prestasi’ atau ‘pay-for-performance‘ dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertama Digital, Saify Akhtar, berkata pelancaran itu penting kerana ia perlu menunjukkan kaedah kerajaan memperoleh pendigitalan dengan cara yang mampan dan berorientasikan hasil apabila bekerjasama dengan rakan kongsi sektor swasta yang tepat.

Katanya, inisiatif pendigitalan kerajaan itu akan dibangunkan dengan mewujudkan ekosistem yang membolehkan lebih banyak penyertaan sektor swasta, daripada syarikat pemula hinggalah kepada bank.

- Advertisement -

Malaysia mahu dijadikan sebagai tapak proof of concept (POC), sebelum teknologi model tersebut dieksport ke pasaran baru lain dalam tempoh tiga tahun akan datang, yang mana pendigitalan kerajaan di sesuatu negara itu juga amat diperlukan.

Keutamaan Saify di Pertama Digital pada ketika ini ialah mengambil, memupuk dan menyokong bakat untuk mencapai matlamat syarikat sambil mengekalkan organisasi yang cekap dan fleksibel dari segi sumber. Kini Pertama Digital telah berjaya menarik bakat utama daripada syarikat awam lain dan juga kerajaan. Gabungan bakat inilah yang membolehkan mereka mendekati pendigitalan kerajaan dengan cara yang unik dan berkesan.

Saify yang dilantik sebagai CEO Pertama Digital bermula 1 Disember lalu berkata, kumpulannya tidak mempunyai perancangan untuk menjadi ‘MyEG kedua’ seperti disebut oleh Pengarah Eksekutifnya sebelum ini pada tahun 2020, iaitu ketika awal pelaksanaan transformasi syarikat itu.

- Advertisement -

Katanya, MyEG sememangnya sudah mencapai banyak kejayaan dalam tempoh 20 tahun kewujudannya. Namun model perniagaan MyEG bukan yang ingin dipacu Saify. Beliau mahu menjadikan Pertama Digital sebagai syarikat pertumbuhan tinggi. Menurutnya, terdapat lebih 350 agensi kerajaan di negara ini dan MyEG hanya berfungsi untuk sebahagian kecil.

Contoh syarikat pertumbuhan tinggi menguasai sebahagian besar pasaran dengan cepat ialah seperti mana Grab sudah lakukan dengan (industri) pengangkutan dan logistik dalam dekad yang lalu, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara.

MyEG mempunyai lebih daripada 1,000 kiosk dan pusat elektronik di seluruh negara, selain menganggap perkhidmatan konsesi sebagai komponen utama model perniagaan mereka seperti dilaporkan di dalam Laporan Tahunan syarikat itu pada 2021.

Namun, Pertama Digital akan kurang menumpukan pada lokasi fizikal dan memberi penekanan yang lebih tinggi untuk menjadikan perkhidmatan kerajaan lebih digital dan mudah alih, boleh dipercayai dan lebih menarik, sejajar dengan cara syarikat perisian internet beroperasi.

Pertama Digital juga tidak fokus untuk mendapatkan konsesi atau hak eksklusif, kerana beliau mahu mewujudkan sebuah organisasi yang sentiasa berinovasi dan sentiasa berada pada tahap yang betul. Ini hanya boleh dilakukan jika keselesaan konsesi dialih keluar daripada model perniagaan yang sedia ada sepenuhnya.

Beliau juga mengakui, pendekatan berorientasikan hasil selama ini juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Ini kerana syarikat perlu melabur terlebih dahulu dalam pertumbuhan produk untuk menarik khalayak sebelum meraihkan hasil secara agresif.

Pertama Digital mempunyai tiga produk utama iaitu eJamin, Penukaran Syiling dan MyPay, dimana menghasilakn jumlah urus niaga kasar sehingga November 2022 meningkat 152 peratus berbanding 2021, berjumlah hampir RM300 juta.

Produk komunikasi mereka, mySMS, meningkatkan jumlah volum sebanyak 32 peratus dalam tempoh sama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img