spot_img
spot_img

Majlis Peguam Malaysia mahu kuasa lantik hakim oleh PM dikaji semula

spot_img

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn berpendapat sudah tiba masa­nya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri melantik hakim dan ah­li suruhanjaya dikaji semula bagi memastikan urus tadbir­nya bebas daripada pengaruh politik dan kuasa eksekutif.

Beliau berkata kerajaan hari ini harus bermula dengan awal langkah ini sejajar dengan visi kerajaan untuk tadbir urus yang adil dan berintegriti. Beliau juga mahukan komposisi keseluruhan JAC haruslah men­cer­­min­kan kepelbagaian dan ke­­te­rang­kuman, dan seboleh-bo­lehnya mencerminkan demografi penduduk dalam semua as­pek.

Pada masa ini JAC mempunyai sembilan anggota, empat ahlinya adalah hakim yang sedang memegang jawatan paling kanan manakala lima lagi ahli dilantik Perdana Menteri.

- Advertisement -

Peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi bagaimanapun berpendapat, pindaan di dalam akta berkenaan bagi menggugurkan kuasa Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah selagi nilai integriti tidak diterapkan dalam mana-mana badan yang berkuasa melantik selepas itu.

Ini termasuk Majlis Peguam atau badan berkaitan yang akan diberi kuasa melantik hakim serta ahli suruhanjaya dikhuatiri cenderung terhadap pihak berkepentingan atau parti politik.

“Memang benar pindaan ini yang mana tidak perlu melalui Perdana Menteri, tetapi kita perlu satu badan yang boleh mengesahkan kedudukan mereka (badan melantik) yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa. Persoalannya, ada atau tidak jalan lain untuk kita mengurangkan isu salah guna kuasa?

- Advertisement -

“Saya lebih gemar jika jawatankuasa yang ada kecenderungan salah guna kuasa diletakkan di bawah Parlimen supaya lebih terbuka dipersoal wakil-wakil rakyat. Sebab itu dicadang dari dahulu lagi untuk menubuhkan ombudsman bagi menyelia semua perkara berkenaan perundangan, pelaksanaan dan penguatkuasaan,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Pada 30 November 2022, Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pernah menggesa supaya pelantikan lima ahli JAC tidak dilakukan oleh Perdana Menteri, sebaliknya, diberikan kepada Majlis Peguam Malaysia; Persatuan Undang-Undang Sabah; Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

Bagaimanapun, pada 4 Disember 2022, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dilaporkan membantah cadangan pelantikan kehakiman tidak boleh diserahkan kepada badan peguam.

Hal ini kerana, dibimbangi hakim terpaksa ‘melutut’ kepada peguam yang hadir dalam sesuatu kes di mahkamah pada masa sama merupakan ahli JAC.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img