spot_img
spot_img

Ahli-ahli UMNO masih tidak selesa kerjasama dengan PH

spot_img

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Adakah UMNO yang akan memperoleh manfaat yang positif di dalam kerajaan perpaduan atau sebaliknya ? UMNO sudah berdekad lamanya menanam DAP sebagai musuh nombor 1 orang Melayu. Dengan dinamik yang baru kini, Umno masih tercari-cari langkah yang betul berkenaan kerjasama dengan PH bagi memberi keyakinan buat akar umbinya.

Majoriti akar umbi UMNO berasa tidak selesa bekerjasama dengan PH. Walaupun pemimpin tertinggi UMNO berada di jawatan tertinggi kerajaan perpaduan, perbezaan pendapat dan sokongan di atas perkara ini mzsih lagi berbelah-bahagi di kalangan ahli-ahli UMNO.

Kerjasama dengan PH dalam membentuk kerajaan perpaduan telah memberi kelebihan kepada UMNO untuk terus kekal relevan dan memperbaiki imejnya. Pemimpin tertinggi UMNO perlu bekerja lebih keras bagi meyakinkan ahli-ahlinya bahawa naratif dan dinamik baru politik sekarang harus berubah. Bukan Melayu diperlukan di dalam pembentukan kerajaan dan sokongan mereka kepada PH adalah terbanyak berbanding MIC dan MCA yang dilihat semakin tidak relevan. Kedua-dua parti komponen BN yang mewakili suara bukan Melayu itu dilihat sama seperti ‘mayat hidup’ parti komponen di dalam PN iaitu Gerakan.

- Advertisement -

Mengulas mengenai percubaan Umno untuk “memutihkan” DAP dalam perhimpunan agung baru-baru ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kartini Aboo Talib berkata bahawa ia harus usaha seiring kedua-dua pihak demi kepentingan kerajaan perpaduan sekarang.

Beliau berkata DAP mengguna pakai Umno sebagai sekutu adalah satu strategi yang baik kerana ia akan mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pengundi Melayu.

“Satu-satunya perkara ialah DAP cukup bijak untuk mengetahui bahawa kaum Cina masih kurang daripada 25 peratus daripada keseluruhan penduduk (negara) dan perlu menerima perkongsian kuasa dan melihat Umno sebagai rakan strategik untuk mengukuhkan kuasa mereka dan memastikan kaum Cina (kekal stabil) di perniagaan dan pemilikan hartanah akan bertahan serta terjamin. Ini adalah perancangan yang baik. Tidak cara lain yang lebih baik,” katanya dipetik melalui Malay Mail

- Advertisement -

Bagi perwakilan Umno yang mengundi melalui usul untuk tidak mempertandingkan dua jawatan teratas parti itu, Kartini berkata langkah presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama dengan PH mendapat sokongan jitu pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO.

“Tidak bertanding dua jawatan tertinggi dalam Umno bermakna keputusan presiden untuk bersama PH adalah kukuh,” katanya.

Keputusan PRU15 menyaksikan tiada pihak politik berjaya memperoleh 112 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah dan membentuk kerajaan persekutuan.

Selepas PAU, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilihan dalaman parti mesti dijalankan sebelum 19 Mei depan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img