spot_img
spot_img

Muhyiddin yakin siasatan SPRM akan bersihkan dirinya dan Bersatu

spot_img

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan adil dalam siasatan dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh pentadbirannya dahulu dan akan mendapati pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan Bersatu adalah tanpa tidak berasas.

“Saya yakin siasatan SPRM akan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat RM4.5 bilion dalam akaun Bersatu, atau saya, adalah palsu. Saya tidak pernah mengambil satu sen pun yang bukan milik saya,” kata presiden Bersatu itu memetik dalam laporan FMT.

“Ini adalah pembohongan yang besar berdasarkan cerita rekaan yang tidak berasas. Penyelewengan RM92.5 bilion adalah rekaan.”

- Advertisement -

Muhyiddin menjawab dakwaan sebelum ini di mana Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut dikaitkan dengan penahanan SPRM, yang dikatakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta, pada minggu lepas selepas beliau didakwa berkhidmat sebagai orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan melalui Dana Wibawa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img