spot_img
spot_img

Polis akan panggil kedua-dua pihak termasuk anak PM

spot_img

PETALING JAYA: Polis akan memanggil dua pemandu kenderaan termasuk anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar yang mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu telah tular pada Jumaat menerusi satu rakaman video berdurasi 14 saat di media sosial Twitter milik Nurul Ilham.

Katanya, rakaman itu memaparkan sebuah kereta jenis Proton Iriz yang dipandu di lorong sebelah kanan di Kilometer 307 Lebuhraya Utara Selatan dengan agak perlahan dan dikatakan menekan brek beberapa kali sehingga Nurul Ilham berasa bahaya.

- Advertisement -

“Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang kemalangan mahu pun kecederaan yang dialami oleh kedua-dua belah pihak.

“Kedua-dua pemandu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) LN 166/1959 kerana memotong dan menghalang daripada memotong.

- Advertisement -

Tambah Anbalagan, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan  kejadian untuk tampil ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihat untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ketika memandu kenderaan,” ujarnya.

Sebelum itu, Nurul Ilham yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya.

Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img