spot_img
spot_img

Cita-cita besar Arab Saudi pada sukan Formula 1

spot_img

Arab Saudi dilaporkan berkemungkinan membeli sukan Formula 1 sekiranya peluang itu timbul.

Syarikat dana kekayaan negara Saudi, yang merupakan Dana Pelaburan Awam bernilai $620 bilion, berminat untuk membeli siri perlumbaan global itu daripada Liberty Media, menurut Bloomberg.

PIF, yang membiayai LIV Golf dan memiliki pasukan Liga Perdana Newcastle, menilai badan sukan F1 melebihi $20 bilion, termasuk hutang.

- Advertisement -

Liberty Media membeli F1 dengan harga $4.4 bilion pada 2017 dan tidak berminat untuk menjual.

Syarikat dana awam Saudi kekal berminat dan boleh menjadi peminjam yang hebat untuk F1 jika Liberty Media merubah pendiriannya.

F1 mula berlumba di Jeddah, Arab Saudi, pada 2021 dan akan mengadakan perlumbaan ketiganya di sana pada 19 Mac ini. Litar F1 di jeddah ini merupakan trek F1 terpantas di dunia.

- Advertisement -

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton pernah bersuara menentang rekod hak asasi manusia negara itu. Namun Arab Saudi kini lebih terbuka dan bersungguh-sungguh mempromosikan negara mereka ke peta dunia sama seperti Dubai, sebagai pusat tumpuan dunia, bukan hanya tempat kunjungan ibadat orang Islam semata-mata.

Litar Jeddah Corniche dijangka kekal dalam kalendar Formula 1 sehingga sekurang-kurangnya 2027, manakala litar baharu di Arab Saudi sedang dalam pembinaan.

Sebuah litar kekal baharu kini sedang dibina di bandar Qiddiya, dengan kemudahan sedia ada di Jeddah ditambah baik untuk beberapa musim akan datang, apabila litar baharu pusingan Formula 1 Arab Saudi disiapkan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img