spot_img
spot_img

Arab Saudi tolak hubungan rasmi dengan Israel

RIYADH, 20 Jan — Arab Saudi tidak akan ‘merasmikan’ hubungannya dengan Israel sekiranya tiada penyelesaian negara itu dengan Palestin, kata diplomat tertinggi kerajaan Saudi, menurut tweet oleh kementerian luar negara hari ini.

Komen Putera Faisal bin Farhan Al Saud di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos muncul apabila Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membincangkan ‘normalisasi’ dengan Arab Saudi dalam suatu perbincangan dengan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan di Baitulmaqdis semalam.

“Normalisasi sebenar dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai…(jika Israel) memberikan rakyat Palestin sebuah negara,” kata Putera Faisal kepada Bloomberg pada sidang kemuncak di Switzerland itu.

- Advertisement -

Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, adalah sekutu rapat Amerika Syarikat tetapi ia berulang kali enggan menjalin hubungan rasmi dengan sekutu AS, Israel kerana pencerobohannya di wilayah Palestin.

Perjanjian Abraham yang diuruskan oleh AS pada 2020 menyaksikan negara jiran kerajaan — Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain — menjalin hubungan diplomatik penuh dengan Israel.

Netanyahu telah berulang kali menyatakan hasratnya untuk melihat Arab Saudi menyertai senarai itu.

- Advertisement -

Dalam perbincangan semalam, Netanyahu dan Sullivan membincangkan “langkah-langkah untuk memperhalusi Perjanjian Abraham… dengan penekanan pada kejayaan penglibatan Saudi,” kata pejabat pemimpin Israel itu.

Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta Baitulmaqdis timur yang diceroboh oleh Israel telah lama disebut-sebut sebagai asas negara Palestin dalam penyelesaian “dua negara” kepada konflik yang telah lama berlarutan.

Tetapi matlamat itu menjadi semakin jauh, dengan Tebing Barat yang diduduki berpecah-belah oleh pencerobohan penempatan Yahudi.

Netanyahu merancang untuk meneruskan dasar perluasan penempatan di Tebing Barat, dengan parti-parti Yahudi ultra-Ortodoks dalam gabungannya menyokong pencerobohan di beberapa wilayah itu.

comments

Terkini

spot_img
spot_img