spot_img
spot_img

Bank Rakyat perkenal platform lelongan secara online

spot_img

PETALING JAYA: Bank Rakyat memperkenalkan platform lelongan secara dalam talian, e-Lelong Ar-Rahnu bagi membolehkan pelanggan membuat bidaan barangan kemas atau barangan emas Pajak Gadai-i di mana-mana sahaja tanpa gangguan dan tekanan.

Menurut Bank Rakyat, pengenalan inisiatif tersebut bertujuan untuk mempertingkat produktiviti dan kecekapan pengendalian sesi lelongan mengikut masa sebenar selain membantu menjimatkan masa pelanggan dan memastikan tidak berlakunya ketirisan maklumat.

“Menerusi platform ini, pelanggan yang berdaftar boleh mengakses maklumat dengan lebih mendalam mengenai butiran barang lelongan, rekod transaksi lepas, tempat lelongan barangan dan harga rizab dengan lebih lancar dan mudah.

- Advertisement -

“Identiti pembida juga dirahsiakan yang mana secara tidak langsung meningkatkan ketelusan dan integriti proses lelongan.

“Pelaksanaan platform e-Lelong Ar-Rahnu ini menunjukkan komitmen berterusan bank dalam menyesuaikan capaian platform kepada tawaran produk dan perkhidmatan bank dengan keperluan pelanggan serta persekitaran yang berubah-ubah menerusi penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam operasi perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Untuk permulaan, barangan lelong yang ditawarkan adalah menerusi 10 cawangan bank iaitu Ar-Rahnu X’Change Sentul, Ar-Rahnu X’Change Jalan Rakyat, Bank Rakyat Desa Pandan, Bank Rakyat Jalan Tangsi , Bank Rakyat Bangsar, Ar-Rahnu X’Change Ampang, Ar-Rahnu X’Change Shah Alam, Ar-Rahnu X’Change Melawati, Bank Rakyat Serdang Raya dan Bank Rakyat Seksyen 23, Shah Alam.

- Advertisement -

Tawaran bagi inisiatif ini akan diperluaskan ke semua cawangan Bank Rakyat atau Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara secara berperingkat.

Pelanggan yang berminat boleh layari laman web e-Lelong https://arrahnueauction.bankrakyat.com.my/ untuk mendaftar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img