Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Kerajaan dahulu ‘temberang’ bantu rakyat RM600 bilion ?

spot_img

ISU RM600 bilion yang didakwa kena songlap oleh kerajaan yang memerintah ketika Covid-19 memuncak menjadi antara topik utama Pilihan Raya ke-15 (PRU15). Sehingga selepas PRU masih lagi terdengar perbincangan mengenai ke mana wang itu dibawa lari.

Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan selepas PRU15 sudah mula menyelak helaian perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut prosedur atau tidak mendapat kebenaran Parlimen. Ketika kemuncak Covid-19, Parlimen ditangguhkan dan negara berada dalam keadaan darurat yang mana membenarkan perbelanjaan ‘sesuka hati’.

Ia membenarkan ketirisan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada yang ‘punggah’ berbilion ringgit kekayaan negara semasa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan walaupun tidak menamakan individu terbabit.

- Advertisement -

Isu RM600 bilion ini semakin panas apabila penahanan seorang ahli perniagaan yang ada hubungan keluarga dengan pemimpin negara berhubung dakwaan rasuah. Dia juga anggota sebuah parti politik.

Sebelum semua terganggu dengan isu songlap RM600 bilion, harus dibetulkan bahawa tidak mungkin negara ada RM600 bilion untuk dibelanjakan dalam dua tahun Covid-19. Mana Malaysia ada RM600 bilion.

Kalau negara ada RM600 bilion untuk dibelanjakan, rakyat tak perlu tunggu tiga jam di hospital, jalan raya licin seperti kain sutera, tidak ada gangguan LRT, infrastruktur negara seperti dunia kelas kayangan.

- Advertisement -

RM600 bilion cukup untuk membayar gaji kakitangan awam selama enam tahun, bina 30,000 hospital, wang percuma RM18,000 kepada 32.4 juta rakyat. Ia menyamai keuntungan bank terbesar negara selama 75 tahun berturut-turut.

Kerajaan hanya menjaja angka itu kononnya jumlah berkenaan diperuntukkan bagi menyelamatkan negara daripada kesan pandemik. Ini masalahnya apabila terlebih temberang untuk me­nunjukkan keprihatinan.

Daripada angka RM600 bilion itu, wang yang mungkin dikeluarkan tidak lebih daripada RM100 bilion. Realitinya, daripada angka RM600 bilion itu, RM145 bilion adalah pengeluaran wang KWSP. Itu wang simpanan rakyat.

Secara ringkas, rakyat guna wang sendiri untuk melalui tempoh sukar Covid-19.

Dua kali moratorium bank dilaksanakan kerajaan. Moratorium bank selama enam bulan dianggarkan membabitkan kira-kira RM82 bilion wang rakyat yang berhutang. Untuk lengkapkan RM600 bilion itu adalah jaminan kredit, subsidi elektrik RM346 juta, moratorium bayaran takaful, pinjaman pendidikan, sewa bangunan dan banyak lagi.

Jika ada perbelanjaan wang daripada kerajaan, ia untuk pembelian vaksin, pengurusan vaksin, bantuan langsung kepada rak­yat, subsidi gaji bagi kekalkan pekerja dan beberapa perbelanjaan lain yang jumlahnya mungkin tidak sampai RM100 bilion.

Jadi, kisah 1001 satu malam RM600 bilion sebenarnya hanya 16 peratus dikeluarkan kerajaan.

Walaupun 16 peratus, ia tetap besar dan perlu dijelaskan. Kepada yang mungkin menyalahgunakan kuasa membabitkan RM100 bilion itu, rasa bersalah kekal di jiwa dan fikiran lebih lama daripada luka.

Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img