spot_img
spot_img

Hampir RM500,000 hadiah tunai untuk pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023

spot_img

KUALA LUMPUR: Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang dilancarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah wang tunai bernilai hampir RM500,000 kepada 138 pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Kempen promosi tahunan itu bagi menggalakkan penabungan dan sebagai penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN selari dengan Teras Pertama dalam Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.

Cabutan pada tahun ini terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima Cabutan Siri iaitu WOW! Gong Xi Ang Pow, WOW! Syoknya Raya, WOW! Merdeka, WOW! Superheroes dan WOW! Y.E.S 2023.

- Advertisement -

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar memuji usaha berterusan PTPTN dan rakan strategik yang terlibat dalam mendukung aspirasi amalan menabung bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pinjaman melalui produk simpanan yang diperkenalkan.

Beliau berkata, PTPTN proaktif menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam memastikan manfaat penabungan untuk jaminan masa depan dapat diperluas kepada semua lapisan masyarakat.

“Antara program yang dilaksanakan melalui kerjasama itu adalah pemberian insentif dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime bagi kelahiran bayi baharu, kecemerlangan pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain.

- Advertisement -

“PTPTN sentiasa menggalakkan penglibatan rakan strategik dan sangat mengalu-alukan semua agensi kerajaan mahupun korporat yang berminat untuk berkolaborasi sebagai penyumbang akaun Simpan SSPN,” katanya ketika berucap pada pelancaran kempen itu sini, kelmarin.

Abdul Razak berkata, sehingga 31 Disember 2022, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM14.24 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.73 juta.

Bagi menyertai kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Setiap RM100 yang disimpan bagi Simpan SSPN Prime dalam tempoh kempen akan layak satu cabutan manakala setiap RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula layak dua cabutan secara automatik.

Menurut Abdul Razak lagi, kempen kali ini lebih menarik kerana pengguna aplikasi mudah alih myPTPTN mempunyai kelebihan bilangan cabutan berganda.

“PTPTN sebagai agensi di bawah KPT berperanan dalam memupuk budaya menabung bermula pada tahun 2004 dan terus berada di landasan yang kukuh sebagai produk simpanan berdaya saing di pasaran dengan pelbagai keistimewaan serta manfaat yang disediakan,” ujarnya.

Pada majlis sama, PTPTN turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lima rakan bagi kerjasama tahun 2022 sebagai simbolik kejayaan kolaborasi dalam memperkasa dan memupuk budaya penabungan melalui Simpan SSPN.

Rakan strategik tersebut ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Veteran ATM (YVATM), Kao Laurier Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 boleh melayari laman web rasmi PTPTN di www. ptptn.gov.my.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img