spot_img
spot_img

UMNO dari parti serpihan boleh menjadi dominan semula jika fokus dari sekarang

spot_img

SHAH ALAM: UMNO sebagai parti yang telah lama dan telah berpengalaman mengharungi pelbagai cabaran diyakini dapat menjadi parti yang menjadi tunjang bagi orang Melayu dan Bumiputera semula bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO Mei ini.

Veteran politik, Datuk Kamaruddin Latiff berkata, keputusan itu juga membuatkan UMNO dan kerajaan perpaduan stabil dan rakyat berpeluang menikmati pentadbiran kerajaan dalam 5 tahun ini.

“Ini adalah masa terbaik UMNO untuk memberi segala usaha membantu masyarakat Melayu terutamanya di semua peringkat supaya dalam lima tahun ini bagi memenangi hati mereka semula, supaya orang Melayu sedar, hanya UMNO yang dapat mentadbir serta menaikkan martabat orang Melayu selama ini”, katanya.

- Advertisement -

”Musuh utama UMNO ialah Bersatu. Bersatu bukan hadir dengan kekuatan sendiri. Mereka adalah parti yang baharu dan hanya menumpang kekuatan parti PAS untuk menang. Bersatu hanya sekadar parti serpihan UMNO sekarang dan bukan parti yang berdiri dengan kekuatan sendiri. Mereka banyak mengambil ahli-ahli UMNO dan parti lain untuk naik. Oleh itu, dalam jangka masa panjang, hanya UMNO akan kekal di persada politik tanahair ,” katanya ketika dihubungi Berita Tular di sini semalam.

Beliau juga menggesa kerajaan perpaduan supaya mengenakan tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab mengambil kesempatan atau menyeleweng dana negara semasa darurat PKP lalu. “Kita lihat apa reaksi penyokong-penyokong PAS apabila pengerusi PN nanti menjadi kluster mahkamah pula. Adakah mereka akan ‘menghalalkan’ perkara itu kerana mereka dalam satu gabungan ?”, kata beliau yang juga menambah bahawa PAS sukar untuk kembali bersama UMNO kerana Presiden PAS Tan Sri Hj hadi Awang telah banyak ‘makan budi’ Muhyiddin Yassin.

Menurut Kamaruddin lagi, keputusan untuk tidak pertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO kali ini oleh akar umbi mereka adalah tepat. Ini dapat mengelak unsur-unsur politik wang yang dahsyat akan berlaku jika pertandingan itu dibuka. “Nampaknya akar umbi UMNO menolak politik wang. Jika mereka gilakan wang, sudah tentu mereka akan undi untuk adakan pemilihan sebab waktu pemilihanlah para perwakilan dan ketua-ketua bahagian menjadi kaya-raya. Tetapi alhamdulillah mereka memilih kestabilan parti”, katanya.

- Advertisement -

”Jangan lupa suara perwakilan sebelum ini yang bersetuju sebulat suara bahawa ‘No Anwar, No DAP, No Bersatu’ telah pun telah ditunaikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di mana UMNO bertanding solo di atas tiket Barisan Nasional. Hanya selepas keputusan dari pilihanraya itu, pilihan yang paling terbaik dan tidak memudaratkan UMNO adalah dengan menyertai kerajaan perpaduan yang dititahkan oleh Yang Di Pertuan Agong”, tegasnya yang memberi ingatan kepada penentang Presiden yang seakan-akan lupa akan perkara ini.

Tambahnya, beliau kecewa kerana pada masa ini terdapat suara-suara daripada pemimpin peringkat atasan UMNO yang selalu mengkritik parti dengan terbuka hingga memberi kesan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli parti keseluruhannya. “Lihat apa KJ buat semasa kempen ? Dia sendiri yang letupkan parti yang dia tandingi, dan habis orang lain pun kena tempias”, Kamaruddin mengkritik KJ di mana bekas Menteri Kesihatan itu mengkritik UMNO semasa kempen PRU15 di Sungai Buloh yang menuduh UMNO parti yang rosak.

”Sekarang ini ada pihak tertentu yang mahu menjatuhkan UMNO melalui pemilihan parti. Cara terakhir mungkin untuk menyelamat diri dari didakwa di mahkamah atau inginkan semula jawatan Perdana Menteri.

”Saya bimbang sekiranya ‘pengkhianatan’ ini berlaku, UMNO nampaknya tidak ada harapan semula untuk meraih kepercayaan rakyat, apatah lagi untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.. kerana mungkin UMNO akan menyertai PN pula dan kekal menjadi parti serpihan selama-lamanya,” katanya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img