spot_img
spot_img

500,000 pekerja asing ke Malaysia tahun ini

BATU GAJAH, 16 Jan — Jangkaan kemasukan 500,000 pekerja asing ke Malaysia tahun ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau berkata pekerja itu akan dibawa masuk dari 15 negara dari Asia untuk ditempatkan dalam sektor yang tidak diminati oleh pekerja tempatan, termasuk perladangan, pertanian dan pembinaan.

Menurut kajian dari kerajaan, maklumat yang didapati menunjukkan sektor-sektor tersebut sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan bekerja dalam sektor itu. Kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor-sektor tersebut sangat tinggi, jika majikan tidak mempunyai bekalan pekerja yang mencukupi, ia akan mengganggu operasi optimum sektor tersebut dan mengakibatkan kerugian besar.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Batu Gajah itu berkata kekurangan pekerja perlu diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan ekonomi memandangkan lebih 700,000 pekerja asing telah pulang ke negara asal semasa pandemik Covid-19.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia dan KDN telah mencapai persetujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing yang kini hanya mengambil masa tiga hari.

“Banyak perniagaan akan ditutup jika mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi jadi sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kita (perlu) membekalkan tenaga kerja untuk operasi sektor yang memerlukannya,” katanya.

- Advertisement -

Anggota Majlis Pemulihan Negara Datuk Michael Kang dilaporkan berkata pada Oktober tahun lepas bahawa Malaysia memerlukan sejumlah 500,000 pekerja asing untuk menangani kekurangan buruh yang dialami oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana bagi menyokong proses pemulihan negara berikutan pandemik Covid-19.

comments

Terkini

spot_img
spot_img