spot_img
spot_img

Ke mana arah tuju ‘geng broker’ di dalam UMNO ?

spot_img

Kuala Lumpur 15 January : Majoriti perwakilan akar umbi UMNO semalam telah memberikan pendirian mereka, mengikut kebiasaan tradisi mana-mana parti politik di Malaysia; tiada pertandingan untuk jawatan Presiden, termasuk Timbalan Presiden. Jawatan-jawatan lain termasuk Naib Presiden akan dipertandingkan pada pemilihan 2023 ini.

Ini memberikan signal jelas bahawa perwakilan mahukan Presiden yang telah terbukti mengemudi UMNO di saat cabaran yang paling getir dihadapi oleh mereka sepanjang penubuhan parti tertua di Malaysia ini. Para perwakilan juga berhati-hati terhadap mereka yang mahu mereformasikan UMNO melalu penukaran pucuk pimpinan, kerana rekod dan tingkah laku pesaing Presiden itu dikatakan tidak menggambarkan kesetiaan diri mereka pada parti dan membuka ruang kepada parti lawan iaitu Bersatu untuk mengecilkan lagi UMNO.

Jadi ke manakah arah tuju pimpin-pemimpin UMNO yang begitu terbuka menentang Zahid dan menyokong Muhyiddin Yassin ? Pemilihan UMNO dikatakan jalan terakhir untuk mereka mengambil jawatan di dalam kerajaan atau mungkin menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Advertisement -

Penganalisis politik menjangkakan mereka akan tetap berada di dalam UMNO jika tidak dikenakan tindakan disiplin atau dipecat dari parti. Hishammudin, KJ, Ismail Sabri, Johari Ghani dan Shahril Hamdan adalah pemimpin UMNO tertinggi yang secara terbuka mahu Zahid berundur. Penganalisis yakin mereka tidak akan ‘berani’ menyertai PN ataupun MN. Ini kerana kedua-dua platform itu adalah rapuh. Mereka ini semua sudah lama berada di dalam platform sekukuh UMNO, mana mungkin akan ke platform baru yang tiada struktur dan sumber kewangan yang tersusun.

(Kj dikatakan kecewa sekali lagi apabila jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, sama kekecewaan selepas tewas PRU15 di Sungai Buloh)

- Advertisement -

Pemimpin-pemimpin PN seperti Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin juga pastinya kecewa. Ini kerana apabila Zahid masih lagi Presiden, maka langkah mereka untuk ‘menggulingkan’ kerajaan sekali lagi tidak akan berjaya. Malah lebih menggerunkan, kini pihak berkuasa sedang mencari Pengerusi PN yang dikatakan masih belum pulang ke Malaysia setelah bercuti tahun baru di London, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menantunya bagi membantu kes komisyen projek darurat PKP sebanyak RM 92.5 bilion .

Menjadi kluster mahkamah adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh ahli-ahli politik Malaysia kerana mereka akan terus diadili oleh umum dan media massa sepanjang proses itu berlangsung dan memberi kesan rekod yang buruk. Pembunuhan karekter sangat berjaya melalui kaedah ini. Sama seperti yang dihadapi oleh Zahid Hamidi.

Bagi rakyat Malaysia amnya, keputusan semalam boleh menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya semua dapat ‘berehat’ dari siri menjatuhkan kerajaan yang sah. Rakyat Malaysia akan memilih semula kerajaan lima tahun lagi dari sekarang. Itulah yang sepatutnya. Beri peluang kepada Anwar Ibrahim dan gabungan baru PH-BN untuk mentadbir negara. Inilah demokrasi. Jauhi ketaksuban dan hanya beranggapan bahawa diri sendiri sahaja yang paling terbaik dan bersih. Kepada ‘geng broker PN’ kami berharap lembaga disiplin parti akan mengambil tindakan sewajarnya, jika tidak, kembalilah merapatkan saf bersama kepimpinan yang akan dipilih kelak.

Hayati slogan parti melebih segalanya Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. InsyaAllah

Cikgu Zed – Perwakilan Kemaman 2023

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img