spot_img
spot_img

True Money masuk ke Malaysia melalui pasaraya Lotus

KUALA LUMPUR: TrueMoney, sebuah syarikat fintech terkemuka di Asia Tenggara dan sebuah anak syarikat Ascend Money, amat teruja untuk mengumumkan bahawa ia telah melancarkannya di Malaysia hari ini.

Dengan fokus untuk menyediakan satu solusi pembayaran selanjar dalam era digital, TrueMoney sekarang  merupakan penyedia pembayaran rasmi untuk semua lokasi Lotus’s merentas seluruh negara.

Diasaskan pada tahun 2013, TrueMoney beroperasi di enam buah negara dan mempunyai rangkaian agen terbesar dengan lebih daripada 88,000 agen yang membantu membuat penghantaran wang di peringkat domestik dan antarabangsa, dan juga sebagai e-dompet yang menawarkan satu rangkaian luas bagi solusi kewangan baharu, seperti pembayaran tanpa tunai, tambah nilai mudahalih, pembayaran bil, kiriman wang antarabangsa, dan banyak lagi.

- Advertisement -

Dengan e-dompet TrueMoney yang menyenangkan dan pembayaran Kod QR tanpa kontak, pelanggan Lotus’s kini boleh membuat tambah nilai bagi prabayar dan kredit permainan, di samping membayar bil utiliti (contohnya elektrik, air) dan telefon dan juga perbelanjaan harian mereka dengan mudah.

Tambahan pula, pelanggan juga boleh membuat transaksi rakan-ke-rakan melalui aplikasi TrueMoney dan menjejaki setiap transaksi yang mereka lakukan kerana setiap tindakan itu ada direkodkan dalam masa sebenar.

Pengarah Urusan Negara Ascend Group, Jessie Chong berkata, TrueMoney sekarang sudah berkembang ke dalam pasaran Malaysia, menandakan negara ketujuh di Asia Tenggara di mana syarikat kami beroperasi.

- Advertisement -

“Melalui e-Dompet kami, kami menawarkan pembayaran selanjar dan kemudahan kepada semua pengguna, dengan saiz dompet sebanyak RM10,000 dan jaminan tertinggi untuk kaedah pembayaran yang selamat dan terkawal.

“Kami mensasarkan untuk menggunakan leveraj kehadiran kami di peringkat antarabangsa untuk mewujudkan satu pendekatan yang holistik dan dinamik untuk mencipta satu ekosistem pembayaran di rantau Asia Tenggara yang memberi manfaat kepada individu dan PKS, ini termasuk pembayaran merentas sempadan yang sedang dalam perancangan.

“Kami mungkin merupakan pemain baru, tetapi kami membawa bersama kami satu infrastruktur teknologi & perniagaan sedia ada yang kuat untuk berhubung dengan pengguna di Malaysia.” katanya.

e-dompet TrueMoney kini boleh didapati di Malaysia melalui stor aplikasi Apple App dan Google Play. Pengguna e-dompet TrueMoney juga boleh menerima manfaat segera sebaik sahaja diaktifkan, selain daripada menikmati pulangan tunai dan poin Lotus’s, bersama dengan ganjaran TrueQuest sebanyak RM10.

Untuk menampilkan kehadirannya di negara ini, TrueMoney telah memutuskan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah setiap orang lebih menyenangkan untuk pengguna Malaysia.

Dengan menjadi rakan kongsi Lotus’s Malaysia, TrueMoney menyediakan pengguna dengan kemudahan yang mereka perlukan untuk melakukan transaksi dan menguruskan perbelanjaan bagi keperluan mereka  dengan mudah dengan hanya menggunakan aplikasinya.

Pengarah Eksekutif, Pelanggan Lotus’s Malaysia Vivian Yap,  berkata: “Berdasarkan keadaan semasa, pengguna adalah lebih canggih dari segi teknologi, mereka mencari pengalaman membeli-belah yang lancar, mudah, dan menyenangkan pada setiap masa.

“Sebagai sebahagian daripada transformasi digital Lotus’s yang masih giat dijalankan, kami amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan TrueMoney ke Malaysia dan kepada pelanggan kami.

“Dengan menambah TrueMoney ke dalam portfolio perkhidmatan e-dompet kami, pelanggan kami mempunyai lebih banyak pilihan pembayaran tanpa tunai di semua 65 stor kami.

“Pelanggan bukan sahaja mempunyai pilihan pembayaran tanpa tunai yang mudah dengan TrueMoney, tetapi mereka juga bakal menikmati faedah menarik  kerana TrueMoney Malaysia akan memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan poin kesetiaan My Lotus’s.

“Poin kesetiaan My Lotus’s ini, kemudiannya boleh digunakan untuk membayar pembelian yang dilakukan, memberikan mereka lebih banyak penjimatan dalam aktiviti membeli-belah mereka.”

Setakat 2022, lebih daripada 50 juta orang merentas rantau Asia Tenggara telah menggunakan aplikasi e-dompet TrueMoney. TrueMoney Malaysia berharap untuk menjalin lebih banyak perkongsian tempatan dengan pedagang-pedagang terkenal pada masa hadapan dan membina seluruh ekosistem perkhidmatan kewangan.

comments

Terkini

spot_img
spot_img