spot_img
spot_img

Boost lancar Merchant B2B Wallet, had RM500,000

BOOST, cabang fintech Axiata melancarkan Merchant B2B Wallet, tawaran revolusi dalam pasaran yang menyediakan pemilik perniagaan had dompet sehingga RM500,000 dengan kelulusan lesen di bawah lesen e-wang semasanya daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Boost dalam satu kenyataan berkata, Merchant B2B Wallet ini disepadukan ke dalam aplikasi Boost Biz sedia ada dengan fungsi pembayaran kod QR yang akan membolehkan peniaga mendigitalkan lagi perniagaan mereka bersama-sama dengan transaksi yang dipermudahkan.

“Selain daripada had dompet Merchant B2B Wallet yang lebih besar, peniaga akan menikmati ciri ‘Penyelesaian dan Pembayaran Segera’ baharu yang membolehkan akses segera kepada wang tunai selepas menerima resit dan menghapuskan masa menunggu pelaksanaan penyelesaian, yang kebiasaannya dijelaskan atau diselesaikan pada hari bekerja berikutnya,” jelas kenyataan itu.

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu, peniaga juga kini boleh membayar secara serta-merta perbelanjaan perniagaan mereka seperti bil utiliti dan invois pembekal menerusi aplikasi Boost Biz itu sendiri sejurus menerima pembayaran daripada pelanggan masing-masing.

comments

Terkini

spot_img
spot_img