spot_img
spot_img

Kenapa jawatan tertinggi tidak perlu dipertandingkan, dan kenapa ada yang mahu dipertandingkan ?

spot_img

PWTC 12 Januari : Jawatan tertinggi parti melayu tertua negara, UMNO, tidak dipertandingkan bukanlah perkara luar biasa. Ia sering berlaku di era kepimpinan bekas presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun dan diikuti era Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mengikut rekod sejarah, hanya empat kali pemilihan Presiden berlaku sepanjang sejarah penubuhan 70 tahun UMNO.

Ketua akar umbi UMNO seluruh Malaysia iaitu ketua-ketua bahagian telah menyatakan sokongan untuk dua jawatan itu tidak dipertandingkan. Namun hari ini Khairy Jamaluddin berkata ia adalah permintaan ‘gila’. KJ mendakwa itu akan menafikan hak perwakilan UMNO untuk memilih Presiden. KJ dilihat yakin bahawa akar umbi mahu menukar Presiden yang baru.

Nama-nama yang disebut ingin bertanding jawatan-jawatan tertinggi UMNO itu ialah Datuk Seri Johari Ghani ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Dato Hasni Mohammad ahli parlimen Simpang Renggam dan Khairy Jamaluddin sendiri yang bukan merupakan seorang ahli parlimen setelah tewas di Sungai Buloh.

- Advertisement -

Para pencabar Zahid dilihat mesra kepada parti musuh UMNO iaitu Perikatan Nasional. Di sebelah UMNO pula, mereka beranggapan pencabar-pencabar ini semua adalah musuh dalam selimut bagi UMNO dan Barisan Nasional.

Mari kita lihat track record secara ringkas kepada pencabar-pencabar Zahid ini.

- Advertisement -

Datuk Seri Johari Ghani

Cakap-cakap politik kononnya mendapat sokongan dari Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Sejauh mana kebenaran itu tidak diketahui. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan dikatakan seorang ‘billionaire‘. Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan II di zaman kerajaan Dato Seri Najib Tun Razak. Hingga hari ini figura Dato Jo ini masih berdiam diri untuk menafikan atau mengesahkan dakwaan untuk bertanding Presiden UMNO.

Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein

Hishammudin telah berulang-kali dikaitkan dengan beberapa siri pembelotan terhadap UMNO. Bermula dari penubuhan Bersatu Sabah yang dikatakan inisiatif beliau, hingga ke yang terbaru tandatangan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 10. Hishammudin juga telah meletak jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO setelah BN tewas pada PRU14 lalu, dan mendiamkan diri dari dunia politik sebelum dilantik semula sebagai menteri di bawah kerajaan PN. Beliau secara terbuka telah menentang dan mendesak Presiden UMNO untuk meletak jawatan selepas PRU15 lalu. Penganalisis politik berkata, kedudukan Hishammudin seperti telur dihujung tanduk, jika menentang Presiden pun salah, jika tidak bertanding pun beliau tidak akan kemana-mana lagi di dalam UMNO jika Presiden UMNO masih lagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Hingga hari ini Hishammudin masih berdiam diri untuk menafikan atau mengesahkan dakwaan bahawa beliau akan bertanding Presiden UMNO atau tidak.

Dato Hasni Mohammad

Poster boy UMNO pada PRN Johor tahun lepas. Dijanjikan jawatan Menteri Besar. Tetapi akhirnya terpaksa memberi laluan kepada Onn Hafiz. Adakah beliau kecewa di atas perkara itu ? Namun Hasni tetap diberikan watikah oleh Presiden UMNO untuk bertanding di parlimen Simpang Renggam dan berjaya menewaskan Maszlee Malik dari PKR. Beliau antara salah seorang yang memberi sokongan SD kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke 10.

Khairy Jamaluddin

Suatu ketika dahulu pernah dilihat menentang Najib di awal pembongkaran 1MDB. Tetapi telah melakukan u-turn. Selepas BN tewas pada PRU14 lalu, beliau terus menghentam kepimpinan UMNO dan mahu melakukan reformasi. Sayangnya beliau bukan lagi dalam hierarki parti, beliau sendiri telah melepaskan jawatan tertinggi parti itu selepas PRU14. Dilantik semula menjadi menteri kabinet di era kerajaan PN. Kekalahan terbaru beliau di kerusi parlimen Sungai Buloh dikatakan berpunca dari dirinya sendiri yang menyerang Presiden UMNO, di mana ketua parti yang beliau wakili sebagai wakil rakyat – seterusnya menyebabkan rakyat terkeliru dan memilih calon PH.

Berbanding pencabar-pencabar di atas dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau telah berjaya membawa UMNO dari sebuah parti yang kalah, bangkit semula menjadi kerajaan pasca PRU14. Kini sekali lagi berjaya menjadi kerajaan atas dasar ‘political move‘ dengan PH untuk mewujudkan kerajaan Perpaduan atas syor titah baginda Agong. UMNO tidak mampu menjadi pembangkang jika mahu terus kekal relevan berbanding PN.

Ada yang mengatakan Zahid mahu kekal di puncak kuasa adalah semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari dakwaan mahkamah. Ya, kita tidak boleh menafikan dakwaan itu. Zahid telah ‘diadili’ oleh media massa dan oleh para pemimpin musuh UMNO sekian lamanya hingga persepsi negatif terhadap beliau sukar untuk dilunturkan. Namun dengan ‘kedegilan itu’, secara tidak langsung, ia memberi kekuatan dan kebangkitan semula kepada UMNO secara keseluruhannya untuk kembali ke persada perdana di mana ramai pemimpin-pemimpin UMNO lari meninggalkan parti itu dan mengikut Bersatu.

Ahli-ahli UMNO secara tidak langsung mendapat manfaat dan terus kekal sebagai parti kerajaan. UMNO adalah sebuah parti politik. Ia mempunyai struktur. Jika ingin berjuang atau mengubah arah tuju, mesti dilakukan dari dalam. Bukan pekikan di jalanan atau bekerjasama dengan musuh untuk mengubahnya.

Zahid berjaya mengemudi UMNO keluar dari kekalahan teruk parti itu. UMNO telah dijangka tidak mampu mendapat kemenangan majoriti pada PRU15 kerana Datuk Seri Ismail Sabri pada ketika itu sebagai Perdana Menteri enggan membubarkan parlimen sejurus momentum kemenangan besar mereka di PRN Johor. Sekaligus membawa bebanan sebagai parti pemerintah untuk bertanding di pilihanraya.

Kini jalan terbaik adalah untuk bersama di dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. UMNO diberi peranan yang strategik. Walaupun bukan kuasa dominan, tetapi jika seluruh UMNO kembali bersatu, UMNO boleh bangkit menjadi parti yang dominan untuk orang Melayu semula. Dengan syarat, menteri-menteri UMNO mesti cemerlang di dalam portfolio mereka kali ini. Pencabar-pencabar Zahid tidak mahukan kerjasama Kerajaan Perpaduan ini, kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan diberi ‘card‘ untuk menjawat jawatan sebagai menteri. Mereka sedar, menteri-menteri UMNO di era Muhyiddin pasti tidak akan dilantik semula. Oleh itu mereka akan memainkan sentimen ‘kerajaan Melayu Islam’ di dalam penentangan mereka.

Pilihanraya umum ke 15 lalu amatlah tidak sihat buat negara. Ia dimenangi dengan majoriti oleh parti-parti yang boleh kita katakan ekstremis kaum, kenegerian dan agama. PAS dan DAP merupakan pemenang besar pada pilihanraya tersebut. PAS memainkan isu agama, LGBT dan anti-Islam manakala DAP sentiasa menekankan hak sama rata, takut akan pemerintahan ala taliban atau Islam. GRS dan GPS di Borneo memainkan perjuangan hak mereka perlu didapatkan semula, seolah-olah Persekutuan Malaysia menjajah mereka. Jadi orang Melayu luar bandar memberi kepada PN di mana PAS adalah dominan, bukan Melayu solid kepada PH manakala Borneo dimenangi oleh parti-parit asal negeri mereka. Parti-parti yang sederhana seperti UMNO, MCA, MIC, dan Bersatu tidak mendapat tempat. Hanya sekadar menjadi pencukup jumlah. Jadi dengan penyertaan UMNO dalam kerajaan Perpaduan, sebagai parti yang berhaluan tengah, ia dapat membawa semula negara ke arah jalan yang sederhana.

Sebagai rakyat Malaysia, ramai berharap kestabilan UMNO akan memberi kestabilan kepada majoriti rakyatnya iaitu orang Melayu. Tidak mungkin UMNO akan bekerjasama dengan parti musuh yang lahir untuk ‘membunuhnya’ iaitu Bersatu. Adalah mustahil untuk parti Amanah bekerjasama dengan PAS kerana Amanah adalah perbedaan PAS.

Untuk senario kestabilan negara ketika ini, eloklah jawatan-jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan. Adakah kini UMNO berada di pihak yang kalah dan merugikan ? Berilah sokongan kepada track record yang berjaya menggemudi UMNO di saat sukar hingga berjaya. Contohi pemimpin-pemimpin dahulu memberikan sokonga penuh kepada Presiden UMNO mereka.

Persepsi, tuduhan pihak musuh atau sememangnya ada asas kebenaran tuduhan, jangan dihukumi awal, biar ia diadili di mahkamah.

Tetapi di dalam politik, kesetiaan perjuangan tidak ada tolok bandingnya kerana jatuh bangun perjuangan itu, bergantung kepada pemimpinnya yang terus menghunus keris atau lari cabut meninggalkan medan perang meninggalkan soldadu-soldadunya..

Selamat bersidang para perwakilan !

Pena Menulis – UMS Sabah 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img