spot_img
spot_img

Sukar bagi MN jika masih diketuai ahli politik recycle

spot_img

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Pergerakan Muafakat Nasional (MN) untuk menjadi NGO dibaca sebagai hanyalah tipu helah tokoh politik “lama” untuk kekal relevan di pentas politik semata-mata, kata penganalisis.

Asalnya MN ialah gabungan politik yang dibentuk oleh Umno dan PAS pada tahun 2019 untuk menentang Pakatan Harapan yang telah berkuasa selepas pilihan raya umum 2018.

Penganalisis menambah bahawa pelantikan dua bekas menteri oleh presiden MN Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini — Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dari Bersatu — jelas menunjukkan ia masih cuba untuk kekal relevan dalam arena politik.

- Advertisement -

Profesor sains politik Universiti Sains Malaysia Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata MN digunakan oleh golongan politikus yang enggan berundur untuk memberi peluang kepada generasi muda walaupun sepatutnya mereka bersara.

“Annuar mempunyai ruang untuk empat timbalan, tetapi tidak seorang pun timbalan generasi muda berusia 30-an atau 40-an dilantik.

Fauzi berkata, MN ini tidak mengambil contoh apa yang telah berlaku kepada nasib Parti Pejuang dan Tun Dr Mahathir.

- Advertisement -

MN tidak akan pergi jauh jika dipimpin oleh ahli politik ‘recycle‘. Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional-Bersatu sepatutnya mengabaikan MN dan harus menjadi Pembangkang yang bertanggungjawab.

Annuar, bekas ahli parlimen Ketereh yang sudah lama berkhidmat, dipecat daripada Umno pada Disember tahun lalu kerana sentiasa bertentangan dengan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga tidak diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15.

Zuraida, bekas menteri industri perladangan dan komoditi, gagal mempertahankan kerusi Ampang sebagai calon PBM pada PRU15. Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) Rodziah Ismail.

Annuar, yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional, turut mendakwa sehingga kini, MN mempunyai lebih 25,000 ahli dari seluruh 222 kawasan parlimen di seluruh negara.

Felo kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Azmi Hassan berkata tiada siapa yang peduli kepada MN sebagai sebuah NGO terutama apabila pemimpin tertingginya terdiri daripada ahli politik yang dipecat dari parti masing-masing.

Tiada siapa percaya bahawa MN bukan berunsurkan politik jika dilihat dari struktur kepimpinannya. Mereka mengelar NGO hanya untuk menarik sokongan supaya ramai mendaftar.

“Sebagai contoh Zuraida sudah mempunyai NGO sendiri sebelum ini dan dia telah menggunakannya untuk memberi pengaruh terlebih dahulu dalam PBM, di mana dia tidak begitu berjaya, dan sekarang di MN pula jadi saya tidak pasti sama ada jumlah itu termasuk NGO Zuraida,” tambah Fauzi yang dipetik dari Malay Mail.

MN juga dilihat seolah-olah sama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang yang menyasarkan orang Melayu kerana sokongan kepada parti Melayu dan agama Islam mendapat kepercayaan tinggi di kalangan orang Melayu. Jadi MN ingin mengambil kesempatan ini untuk memenangi kepercayaan orang ramai dengan mudah jika mereka memainkan kad mereka dengan betul mengenai isu yang perlu diperjuangkan. Persoalannya apakah perbezaan antara MN dan PN ?

Felo penyelidik dari Institut Pengajian Malaysia & Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia Muhamad Azwan Abd Rahman bersetuju dan menambah bahawa orang ramai telah hilang kepercayaan terhadap Zuraida dan Redzuan berikutan kejatuhan kerajaan PH dan peranan Zuraida dalam Langkah Sheraton.

 

foto : Malay Mail

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img