spot_img
spot_img

Kalau menang Presiden, kami tetap sokong Anwar

spot_img

Singapura : Bekas calon Barisan Nasional yang tewas di Sungai Buloh pada Pilihanraya Umum ke 15 lalu,  Khairy Jamaluddin berkata UMNO akan terus menyokong Kerajaan Anwar Ibrahim sekiranya beliau dan rakan sekutunya memenangi jawatan Presiden parti itu.

Dalam ucapannya di Regional Oulook Forum 2023 yang turut menjemput Anthony Loke serta tokoh perbankan Nazir Razak, Khairy menegaskan sekiranya beliau menjadi Presiden UMNO, tiada perubahan dalam jawatan Perdana Menteri namun tidak menolak kemungkinan ada perubahan pada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Khairy mengharapkan pemilihan parti UMNO kali ini akan membawa hala tuju yang baharu. Beliau juga menangkis dakwaan kononnya jika beliau atau pasukan sekutunya menang, maka akan berlaku lagi ‘Langkah Sheraton 2.0’ .

- Advertisement -

“Anthony (Anthony Loke), saya mahu katakan ini dengan jelas, di hadapan semua tetamu bahawa jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, meneraju tampuk pemerintahan UMNO, kita akan terus sokong Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya dalam ucapan itu.

Pemimpin UMNO itu juga menegaskan beliau tidak menyokong sebarang usaha di belakang tabir untuk menukar kerajaan.

Khairy juga berkata beliau mahu kerajaan yang ada sekarang terus bertahan dan kekal stabil.

- Advertisement -

Begitupun, Khairy menyatakan masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding jawatan Presiden atau tidak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img