spot_img
spot_img

Andrew Tate gagal halang penahanannya

spot_img

BUCHAREST, 10 Jan ― Mahkamah Romania akan membuat keputusan hari ini berkenaan penentangan tahanan yang difailkan oleh Andrew Tate, personaliti internet yang terkenal dengan ucapan motivasi, terhadap penahanannya selama 30 hari atas dakwaan pemerdagangan manusia dan pembentukan kumpulan jenayah terancang untuk mengeksploitasi enam wanita .

Andrew Tate, abangnya Tristan dan dua orang suspek wanita Romania telah ditahan oleh polis anti-organisasi jenayah terancang Romania pada 29 Disember untuk disiasat. Namun, mereka telah menafikan tuduhan itu melalui peguam dan telah mencabar waran tangkap tersebut.

Pendakwa raya berkata, adik-beradik Tate itu telah merekrut mangsa mereka dengan menggoda mereka dan menuduh mereka sengaja menuduh mangsa kononnya wanita itu mahukan hubungan.

- Advertisement -

Menurut laporan, mangsa kemudian dibawa ke pinggir ibu kota Bucharest, ke kawasan hartanah mewah dan telah mengalami keganasan fizikal dan ugutan mental, dieksploitasi secara seksual bagi menghasilkan kandungan lucah untuk laman media sosial yang menjana keuntungan kewangan yang besar, menurut pendakwa raya.

Pendakwa raya juga berkata salah seorang dari adik-beradik itu telah merogol salah seorang mangsa pada Mac tahun lepas, iaitu ketika siasatan bermula.

“Kemungkinan (jika tahanan ini dihalang) bahawa suspek akan mengelak daripada siasatan, meninggalkan Romania dan menetap di negara yang tidak membenarkan ekstradisi, juga kekuatan kewangan mereka dan komen awam (yang menyebelahi Andrew Tate) mengenai perkara itu tidak boleh diabaikan,” kata hakim mahkamah dalam rekod bertulis yang meluluskan penahanan itu.

- Advertisement -

Pendakwa raya telah merampas 15 kenderaan mewah dan lebih 10 hartanah dan rumah milik suspek di Bucharest dan daerah Prahova dan Brasov, Ramona Bolla, jurucakap unit anti-jenayah Romania DIICOT, memberitahu Reuters.

Penyitaan itu bertujuan untuk mengelakkan aset-aset itu dijual atau disembunyikan.

Sekiranya mahkamah mengekalkan waran tangkap dan siasatan memerlukan lebih banyak masa, pendakwa raya boleh mendapatkan kelulusan lanjutan sehingga 180 hari penahanan di bawah undang-undang Romania.

Tate mendapat kemasyhuran di media sosial kerana kenyataan berani dan ucapan motivasi keras, yang juga telah menyebabkan dia diharamkan daripada semua platform media sosial utama. Tetapi akaun Twitternya telah dikembalikan pada November tahun lepas sejurus lepas Elon Musk membeli platform itu.

Bekas kickboxer profesional itu, yang mempunyai warganegara AS dan Britain, pernah berkata bahawa wanitalah yang bertanggungjawab akibat dirogol. Wanita adalah milik lelaki.

Pada podcast tahun lepas, dia mendakwa bahawa dia mula menjana wang dengan meyakinkan beberapa teman wanita untuk berbual video dan berkongsi keuntungan ketika dia tinggal di London.

“Bagaimana saya boleh menggunakan wanita ini untuk menjana wang kepada saya?” Tate berkata perniagaannya bermula dengan dua teman wanita dan meningkat kepada 75 wanita bekerja untuknya dan memperoleh AS$600,000 sebulan.

Andrew Tate berpindah ke Romania selepas disiasat di United Kingdom atas tuduhan serangan seksual, yang akhirnya digugurkan. Gossip mengatakan kononnya Andrew Tate suka tinggal di negara di mana rasuah boleh diberi kepada semua orang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img