spot_img
spot_img

Pengusaha kantin mahu kerajaan bantu atau beri subsidi

spot_img

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia merayu kerajaan membenarkan ahlinya membeli bahan masakan pada kadar subsidi yang disasarkan bagi memastikan harga makanan mereka mampu milik.

Setiausahanya Siti Normah Md Desa berkata lebih 40 peratus daripada 10,200 ahli persatuan itu di seluruh negara terpaksa menghentikan operasi berikutan peningkatan kos sejak tahun lalu, lapor The Star hari ini.

Kata laporan itu, kantin sekolah tidak mengaut keuntungan yang besar, dan sangat penting dalam ekosistem persekolahan. Jadi kerajaan wajar untuk memberi pertimbangan ini supaya pengusaha kantin sekolah dapat memberi servis yang terbaik buat anak murid.

- Advertisement -

Siti Normah menambah lagi, walaupun kos meningkat, pengusaha kantin tidak boleh menyesuaikan harga mereka dan mesti menjual makanan dan minuman mereka pada harga yang dinyatakan dalam kontrak tender, yang biasanya diikat selama dua tahun.

Beliau juga berkata pengusaha yang menghantar tender mereka pada 2021 untuk tahun persekolahan 2022 telah mengalami kerugian besar akibat kenaikan harga bahan yang berterusan.

Sebagai contoh, beliau berkata ayam mentah berharga RM8.50 sekilogram minggu lepas dan kini berharga RM11.30, naik RM2.80.

- Advertisement -

Siti Normah berkata bahawa bagi pelajar sekolah yang mempunyai wang saku purata RM4 hanya cukup untuk membeli sepinggan nasi goreng dengan telur goreng dan segelas air di kebanyakan kantin sekolah di seluruh negara.

Ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti ikan dan sayur-sayuran baru-baru ini.

Siti Normah juga berkata pengusaha kantin bersyukur dengan pengecualian sewa yang diumumkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini, tetapi berharap kerajaan dapat menambah baik sistem penyewaan untuk mengekalkan harga yang rendah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img