spot_img
spot_img

Industri francais disasar tumbuh 30% tahun 2023

spot_img

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan pertumbuhan antara 20 hingga 30 peratus industri francais negara pada tahun ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, sasaran pertumbuhan itu dijangka dapat dicapai sekiranya kesemua pihak yang terlibat memainkan peranan dalam mengusahakan suatu bentuk insentif yang baik.

Menurut beliau, KPDN juga akan terus memberi sokongan penuh penglibatan masyarakat dalam sektor francais termasuk usahawan-usahawan yang ingin menaik taraf perniagaan mereka kepada sistem francais.

- Advertisement -

“Nilai ekonomi kepada perniagaan francais saya dimaklumkan mencecah RM25 bilion kepada ekonomi negara dan saya percaya ini dapat dipertingkatkan pada tahun mendatang sungguh pun tahun ini dikatakan tahun yang mencabar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azman berkata, program-program promosi perniagaan francais di dalam dan luar negara juga akan terus dipergiat bagi menyokong penggiat serta usahawan francais mempromosikan perniagaan mereka.

Tambahnya, KPDN juga sentiasa berusaha memikirkan solusi dalam mempermudahkan lagi proses perniagaan francais dengan mengatasi masalah birokrasi supaya mereka yang ingin menceburi bidang tersebut segera mendapatkan kelulusan.

- Advertisement -

“Kalau nak buka outlet kemungkinan banyak terlibat dengan agensi lain, kita (KPDN) terlibat dengan memberi lesen. Mungkin kita akan duduk bersama agensi kerajaan (yang lain) untuk membicarakan semula apa yang boleh kita permudahkan.

“Kerajaan bantu dalam pelbagai aspek dari segi kebajikan, sebagai pemudah cara, mengembangkan dan mengaktifkan ekonomi dan dalam masa sama kita lihat bagaimana untuk mengatasi masalah berbentuk kerenah birokrasi ini, kalau boleh guna kaedah teknologi bagi menggantikan sistem konvensional,” ujarnya.

Jendela Biz menyediakan platform digital bagi perniagaan-perniagaan untuk mentransformasikan bisnes konvensional kepada digital. Konsep membuka francais secara digital lebih murah dan capaian pelanggan yang lebih meluas serta pantas. Hubungi untuk maklumat lanjut di www.jendela.biz atau email di support@jendela.biz atau whatsapp terus di talian 0124216051.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img