Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Pusat data bersepadu bencana alam perlu dibangunkan

spot_img

PETALING JAYA: Kerajaan perlu membangunkan sebuah sistem data bersepadu alam sekitar di negara ini supaya ia boleh diakses oleh semua pihak bagi mengelak sebarang malapetaka bencana.

Pusat Data Alam Sekitar telah diwujudkan oleh Jabatan Alam Sekitar namun ia hanya memaparkan stesen-stesen pengawasan kualiti alam sekitar yang memantau tahap kualiti udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh Malaysia, bukan memaparkan data pencemaran.

Bukan sahaja maklumat disediakan terhad, data-data tertentu perlu didapati di jabatan dan agensi berbeza seperti data hutan perlu diperoleh daripada Jabatan Perhutanan (JPSM), data geologi melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) manakala data banjir pula dari Pusat Ramalan Amaran Banjir Negara (PRABN) serta data air dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta data cuaca melalui Jabatan Meteorologi (Met Malaysia).

- Advertisement -

Begitu juga dengan data aktiviti guna tanah dan kawalan pembangunan yang berada di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) selain data daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perangkaan (DOSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Ismail menyifatkan, jika semua jabatan dan agensi berkaitan alam sekitar bekerjasama membangunkan satu sistem data bersepadu, ia akan membolehkan masyarakat lebih bersedia menghadapi sebarang bencana serta menangani situasi bencana dengan sewajarnya.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kesemua data mengenai alam sekitar diselaraskan supaya boleh diakses melalui satu saluran.

- Advertisement -

“Fenomena hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di luar jangkaan yang dikaitkan dengan perubahan iklim memerlukan pendekatan baharu untuk maklumat tepat. Sememangnya kita memerlukan data tepat yang bersepadu untuk ramalan dan amaran bencana.

“Kerjasama semua pihak sama ada JMG, JPSM, Perhilitan, JPS, DOSM, Met Malaysia dan lain-lain perlu bagi penyediaan data bersepadu dalam merancang pengurusan bencana negara,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia sama ada kajian terbaharu perlu dilakukan mengenai ekologi alam sekitar yang menyeluruh dan tidak bergantung kepada data ‘lapuk’ kerana ia tidak lagi sesuai dalam menentukan tahap keselamatan sesuatu kawasan, didorong perubahan iklim drastik ketika ini.

Walaupun data-data lama menunjukkan hutan negara mampu mencegah risiko banjir atau bencana alam, ia memberi kesan berbeza kepada keadaan semasa terutama ketika negara menghadapi situasi cuaca ekstrem kerana perubahan iklim.

Kawasan-kawasan hutan yang tidak pernah mengalami tanah runtuh akibat hujan tetapi kini menghadapi bencana tersebut walaupun ia merupakan kawasan yang tiada aktiviti manusia atau diganggu, sekali gus menandakan cara baharu perlu dikemukakan melalui kajian untuk memastikan keselamatan masyarakat terjaga.

Dalam pada itu, pegawai lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, kebanyakan data sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, namun data tertentu hanya boleh didapati oleh pihak berkenaan sahaja.

“Kalau mahu tahu sama ada satu-satu zon itu adalah zon hutan, zon komersial atau zon pertanian, biasanya rujuk kepada PBT tetapi agak payah kerana kerenah birokrasi, ada data terhad dan sulit. Pihak berkepentingan perlu buat permohonan rasmi.

“Kalau untuk tujuan akademik, data itu perlu dibeli, bukan percuma dan perlu kemukakan surat dekan. Ada juga tak boleh sesuka hati dedah data seperti data sumber mineral sebab ia bernilai atau data hidupan liar kerana ia boleh menyumbang kepada pemburuan.

“Jadi, bukan semua data boleh didedah kepada umum, tetapi data tertentu boleh didedahkan atas keperluan semasa asalkan tidak menjejaskan keselamatan dan tidak gugat ketenteraman awam,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img