spot_img
spot_img

Menteri Kesihatan fokus pada semua lapisan rakyat

spot_img

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Menteri Kesihatan yang baru dilantik Dr Zaliha Mustafa berkata kementeriannya akan fokus pada sistem penjagaan kesihatan untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan tahap sosial.

“Melihat kepada suasana masyarakat yang terjejas akibat propaganda perkauman yang disebarkan oleh segelintir ahli politik, perlu difahami bahawa sektor kesihatan adalah untuk semua tanpa mengira agama, latar belakang dan bangsa,” kata Dr Zaliha di Facebooknya hari ini.

Menteri Kesihatan wanita yang pertama negara itu menambah bahawa misi kementeriannya akan selaras dengan agenda kerajaan perpaduan serta mendengar apa yang diperlukan oleh rakyat.

- Advertisement -

Merujuk kepada beberapa projek yang telah ditinggalkan oleh bekas menteri sebelum ini, Khairy Jamaluddin, Dr Zaliha berkata kemungkinan isu tertentu perlu diketepikan untuk menangani perkara yang lebih mendesak, namun ia akan diselesaikan satu persatu.

Bekas Menteri Kesihatan sebelum ini telah membawa rang undang-undang Generasi Penamat Rokok (GEG) ke parlimen.

Rang undang-undang GEG bertujuan untuk menghapuskan perokok dan penggunaan tembakau dengan melarang penjualan dan penggunaan sebarang bentuk produk berkaitan merokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape‘ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

- Advertisement -

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Khairy pada 27 Julai lalu tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi lagi.

 

Foto : yahoo

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img