spot_img
spot_img

Ewon mahu perkasakan pendigitalan di Sabah dan Sarawak

spot_img

Kuala Lumpur : Menteri Pembangunan Usahwan dan Operasi yang baharu dilantik, Datuk Ewon Benedick, 39, melaporkan tugas rasmi pada 5 Disember lalu. Beliau mewakili Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan majoriti 14,410 undi, mengalahkan penyandang Datuk Darell Liking daripada Parti Warisan dalam saingan empat penjuru.

Ewon merupakan seorang daripada dua ahli Parlimen dari Sabah yang mengangkat sumpah sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, selain Datuk Armizan Mohd. Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Pihak kementerian beliau akan terus memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan pendigitalan di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

- Advertisement -

Menurut Ewon, perkara itu selaras dengan agenda yang dibincangkan pada mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu.

Sebagai Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) memberitahu, Anwar meminta jemaah menteri memberikan tumpuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam agenda Perjanjian Malaysia (MA63).

“Saya percaya itu menjadi sebahagian daripada fokus kementerian, bukan hanya koperasi tetapi PKS berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perdagangan digital di Sabah dan Sarawak diperkasakan lagi kementerian ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img