spot_img
spot_img

Kerajaan Perpaduan perlu dapatkan sokongan majoriti orang Melayu luar bandar

spot_img

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentuk sebahagian besar kerajaan hari ini mempunyai peluang besar untuk memujuk pengundi Perikatan Nasional (PN) untuk menyebelahi mereka.

Sekiranya kerajaan persekutuan baharu ini menunjukkan bahawa mereka boleh mentadbir negara dengan lebih cekap berbanding pendahulunya, ia mungkin dapat menarik minat mereka yang mengundi PN semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kelebihan kini berada padai BN dan PH sebagai kerajaan untuk menumpukan usaha mentadbir negara, dan dengan cara yang akan menarik pengundi yang mengundi PN secara banyak terutamanya undi orang Melayu di kawasan luar bandar.

- Advertisement -

Gabungan BN dan PH boleh melakukan ini dengan membuktikan bahawa mereka mempunyai ahli parlimen yang boleh bekerja dan merealisasikan apa yang diinginkan oleh rakyat apabila menteri-menteri yang dilantik melaksanakan kerja dengan cemerlang.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh semua pihak kini selepas PRU15 ialah berhenti mengkritik antara satu sama lain dan memandang ke hadapan demi negara. Jika dilihat, keputusan pilihan raya 15 telah mendedahkan jurang yang mendalam berdasarkan geografi dalam masyarakat Malaysia, dan adalah penting untuk mengambil langkah untuk memulihkan jurang ini walaupun ini akan mengambil masa.

Sebagai contoh kebangkitan PN berpunca daripada kegagalan Umno dan BN untuk membina semula diri mereka, di mana ada pengundi Melayu tertarik kepada PN kerana ada PAS, persepsi rasuah dalam Umno, dan kegagalan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menarik perhatian mereka serta memberi kekuatan semula kepada BN.

- Advertisement -

Adalah penting untuk mendidik pengundi tentang keperluan untuk kewujudan bersama secara aman, menghormati hak asasi semua, dan untuk mengesahkan nilai-nilai ini melalui dasar inklusif dan naratif rasmi. Dengan tadbir urus yang baik dan penyelesaian dasar yang berkesan, ini boleh mengubah pengundi untuk bertukar kem.

Bagi memulihkan kepercayaan rakyat Melayu Islam, kerajaan baharu mesti memastikan ia kekal mesra terhadap kepentingan Islam-Melayu jika ia ingin memikat pengundi PN.

Ya memang terdapat rakyat yang kecewa dan ada yang menyokong, tetapi akhirnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya mesti menunaikan janji dan manifesto untuk benar-benar memenangi sokongan majoriti rakyat.

Setiap rakyat Malaysia mahukan sebuah negara yang stabil dan progresif.

Semua orang mahukan kehidupan dan keadaan hidup yang lebih baik. Ini keutamaanya.

Bukan politik yang tidak berkesudahan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img