spot_img
spot_img

Annuar Musa mahu UMNO diberi portfolio penting dalam kerajaan perpaduan

spot_img

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Wakil pemimpin Umno dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mencerminkan komitmen parti itu untuk menyokong kerajaan perpaduan negaranya, kata Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas laporan dakwaan UMNO melobi untuk jawatan-jawatan Menteri Kabinet, bekas menteri itu berkata Anwar harus menghormati komitmen Umno terhadap kerajaan campurannya.

Ketua Umno Bahagian Ketereh itu juga berkata pemimpin Umno yang dipilih untuk menganggotai Kabinet tidak seharusnya berada di sana untuk sekadar cukup bilangan, tetapi mesti mampu melaksanakan dan dipilih untuk mengisi kementerian yang penting. UMNO jangan bersetuju untuk mendapat portfolio yang ‘remeh’.

- Advertisement -

“Oleh itu, wakil Umno harus dipilih untuk Kabinet berdasarkan hierarki parti dan kebolehan kepimpinan,” katanya di Facebook.

Annuar Musa dilihat kembali menyokong kepimpinan UMNO di dalam kerajaan perpaduan setelah pada awalnya mengkritik keras terutama sekali kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan perpaduan terdiri tiga gabungan komponen utama — Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak — dan BN adalah penentu yang paling signifikan dalam pembentukan tersebut dengan menyumbang 30 kerusi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img