spot_img
spot_img

Untung MyEG RM150 juta suku ketiga 2022

spot_img

KUALA LUMPUR: My E.G. Services Bhd (MYEG) untung bersih meningkat hampir dua kali ganda kepada RM150.71 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept 2022, daripada RM78.46 juta setahun sebelumnya.

Penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu berkata keuntungan yang bertambah baik serta pendapatan 3.7 peratus lebih tinggi sebanyak RM162.62 juta disebabkan terutamanya oleh penyambungan semula operasi penuh pusat perkhidmatan elektronik di seluruh negara, sumbangan lebih tinggi daripada perkhidmatan pemadanan pekerjaan pekerja asing, dan sumbangan daripada penjualan token Zetrix.

Mengenai prospeknya, MYEG berkata barisan lembaga pengarahnya berhati-hati dan optimis pada masa yang sama bahawa prospek jangka panjangnya kekal positif kerana syarikat itu terus memperkenalkan perkhidmatan inovatif dengan memanfaatkan teknologi baharu di Malaysia dan juga di peringkat global.

- Advertisement -

MyEG kini sedang fokus membangunkan perniagaan baharu mereka Zetrix dengan bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk mengintegrasikan Zetrix dengan platform blockchain nasional China, iaitu Xing Huo. Zetrix ialah blok awam lapisan-1 yang memudahkan kontrak pintar dan menyampaikan privasi, keselamatan dan kebolehskalaan.

“Dengan kerjasama sebegitu, MyEG akan dapat mula memperkenalkan perkhidmatan komersial yang boleh digunakan secara global,” tambahnya.

Sumber Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img