spot_img
spot_img

Tiada lagi direct-nego, mesti tender

spot_img

PUTRAJAYA, 29 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kelulusan perolehan kerajaan di bawah pimpinannya tidak boleh lagi dijalankan tanpa tender.

Bercakap pada majlis perhimpunan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, Anwar berkata kerajaan di bawah pimpinannya tidak boleh terus membenarkan ketirisan dan rasuah.

“Tidak ada lagi kelulusan perolehan tanpa tender (direct negotiation).

- Advertisement -

Perdana Menteri berkata semasa beliau mentadbir Kementerian Kewangan, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan rapatnya mempunyai kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan.

“Saya tidak berminat untuk mengorek cerita lama…apa yang penting adalah masa depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam menyediakan diri untuk masa depan,” katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img