spot_img
spot_img

Cabaran Anwar dalam membentuk kabinet perpaduan

spot_img

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadapi cabaran dalam menempatkan anggota menteri kabinet dalam pentadbirannya. Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan, pelantikan penuh Menteri Kabinet dijangka berlarutan sehingga pertengahan Disember tahun ini berikutan isu-isu bertindih melibatkan parti-parti gabungan kerajaan perpaduan.

Sumber dipetik dari Utusan Malaysia pula menyatakan kerana Perdana Menteri dilihat tersepit untuk menyenaraikan nama menteri dan timbalan di bawah pimpinannya, dalam masa yang sama beliau perlu memikirkan keadilan untuk setiap parti dalam kerajaan perpaduan itu.

Dalam hal ini juga, sumber turut mendakwa keadaan lebih kritikal apabila wujud perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri di samping perebutan sesetengah parti untuk jawatan menteri kanan seperti Pertahanan, Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri.

- Advertisement -

Juga ada masa sama, terdapat desakan pelbagai pihak supaya mereka yang terbabit dalam Kluster Mahkamah tidak dilantik dalam Kabinet, walaupun undang-undang di negara ini mengamalkan tidak bersalah selagi tidak dijatuhi hukum.

Anwar mahu mngecilkan saiz menteri kabinetnya dan ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan mengambil pandangan semua pihak untuk pembentukan Kabinet.

Melantik menteri kabinet dengan segera perlu dilakukan segera atau sebelum sidang Parlimen 19 Disember ini bagi melancarkan pentadbiran kerajaan setelah Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Kelmarin, Anwar memaklumkan pengumuman senarai Kabinet mengambil masa beberapa hari lagi dengan perbincangan untuk melantik menteri turut sedang dilaksanakan.

Kerajaan perpa­duan ini disertai PH mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23) serta Gabungan Rakyat Sabah (enam) dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.

Penganalisis politik berkata Anwar perlu mengelak memilih menteri yang terpalit dengan kontroversi dan kes-kes mahkamah supaya tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan pimpinan beliau kelak.

Sebagai contoh di kalangan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Anwar perlu memilih yang terbaik. Begitu juga dengan PH dan parti-parti lain. Namun Anwar sendiri berkata beliau tidak kisah jika lantikan menteri kabinet adalah datang dari kluster mahkamah kerana sokongan mereka membolehkan kerajaan dibentuk dan mereka belum lagi bersalah.

Selain pembentukan kabinet, Anwar juga berhadapan tugas besar untuk menyatupadukan rakyat pasca PRU15 di samping meredakan ketegangan politik setelah keputusan Parlimen tergantung.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img