spot_img
spot_img

Tumpu kepada kestabilan dan kemakmuran demi rakyat – Annuar Musa

KUALA LUMPUR : Setelah lima hari, kemelut siapa bakal menerajui negara akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menasihati orang ramai agar menghormati keputusan ini dan patuh pada titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong wajar di patuhi.” Tumpuan sekarang haruslah kepada Kerajaan yang berwibawa dan mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua perhimpunan dan aktiviti yg boleh membawa kepada ketidakharmonian perlu dihentikan.

- Advertisement -

“Selari dengan perkembangan terkini,Muafakat Nasional sebagai sebuah NGO akan diaktifkan untuk memupuk nilai muafakat,perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yg lebih baik,berpaksikan Rukunegara dan Perlembagaan Malaysia,insyaallah,” katanya.

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img